awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zoo Johor bakal dibuka semula April ini - Onn Hafiz

Bernama
Bernama
29/01/2024
14:26 MYT
Zoo Johor bakal dibuka semula April ini - Onn Hafiz
Zoo Johor yang kini ditutup bagi pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf fasa satu akan dibuka semula kepada orang ramai pada April ini. - Foto Facebook Onn Hafiz Ghazi
JOHOR BAHRU: Zoo Johor yang kini ditutup bagi pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf fasa satu akan dibuka semula kepada orang ramai pada April ini.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata zoo yang akan berwajah baharu itu bakal menjadi antara daya tarikan di Johor sekali gus meletakkan negeri ini sebagai destinasi pilihan utama pelancong.
"Menerusi lawatan hari ini, saya dimaklumkan kerja-kerja penyelenggaraan meliputi lima zon utama iaitu balai ketibaan, pintu masuk utama, pekarangan, sebahagian sangkar burung serta tempat penyediaan makanan haiwan yang baharu.
"Kerja-kerja penyelenggaraan ini dilaksanakan mengikut garis masa yang ditetapkan," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri akan sentiasa komited untuk memperkukuh dan memperbaiki kualiti perkhidmatan dengan menambah baik segala infrastruktur dan kemudahan pelancongan bagi menjadikan Johor sebagai destinasi pelancongan terbaik di rantau ini.
Baru-baru ini, kerajaan negeri menerima peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi kerja-kerja menaik taraf zoo itu.
Zoo Johor yang terletak di pusat bandar raya ini, mula dibuka pada 1928 dan merupakan zoo tertua negara dengan keluasan 12.5 hektar serta mempunyai lebih 100 spesies haiwan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zoo Johor
#dibuka semula
#onn hafiz ghazi
#pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan