JOHOR BAHRU: Zoo Johor di Jalan Gertak Merah, di sini, yang berusia hampir 95 tahun, bakal berwajah baharu dengan kerja-kerja menaik taraf dilakukan dalam masa terdekat.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah Zoo Johor yang merupakan zoo tertua di Malaysia, perlu menjadi antara lokasi pelancongan baharu di negeri itu sekali gus menarik pengunjung dari dalam dan luar negara.
Baginda bertitah Zoo Johor adalah hasil sumbangan Almarhum Sultan Sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar pada waktu itu dan merupakan zoo yang tertua di negara ini.
"Kerajaan negeri perlu menitikberatkan pelbagai perkara ketika kerja-kerja membaik pulih dijalankan antaranya melibatkan sistem pengaliran, penempatan haiwan, harga tiket dan pelbagai lagi dalam menarik kehadiran pengunjung.
"Ia perlu menjadi antara lokasi pelancongan baharu di Johor yang mampu menarik minat pengunjung dari dalam dan luar negara," titah baginda dalam satu kenyataan dikeluarkan Royal Press Office (RPO) di Facebook rasmi baginda hari ini.
Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika menerima mengadap Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor yang mempersembahkan cadangan kerja-kerja menaik taraf Zoo Johor kepada baginda hari ini.
Zoo berkenaan dibuka pada 1928 dan ketika itu ia dinamakan sebagai Kebun Binatang.
Sementara itu, Mohd Jafni berkata zoo tersebut dijangka beroperasi semula pada akhir tahun ini setelah kerja-kerja menaik taraf dilakukan.
"Harga tiket ketika ini adalah RM2 bagi dewasa dan RM1 kanak-kanak. Kita juga akan mengkaji semula harga tiket, namun akan memastikan kadar baharu itu tidak membebankan pengunjung serta lebih rendah berbanding zoo lain di negara ini," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM1 juta setiap tahun melibatkan kos penyelenggaraan, gaji kakitangan serta makanan untuk haiwan.
--BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2023
Sultan Ibrahim bertitah Zoo Johor adalah hasil sumbangan Almarhum Sultan Sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar pada waktu itu dan merupakan zoo yang tertua di negara ini. - Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Johor perhalusi cadangan safari malam di Zoo Johor
Kerajaan Johor sedang memperhalusi cadangan untuk membuka Safari Malam di Zoo Johor berikutan sambutan baik sejak pembukaan semula zoo berkenaan pada 31 Ogos lepas.
Sistem pembelian tiket dalam talian atasi kesesakan pengunjung Zoo Johor - Exco
Kerajaan negeri sedang membangunkan sistem pembelian tiket dalam talian sebagai usaha untuk mengatasi kesesakan pengunjung di Zoo Johor.
Tapir terlepas dari Zoo Johor berjaya diselamatkan
Makluman seekor tapir terlepas dari Zoo Johor berkeliaran di Jalan Gertak Merah diterima APM pada jam 3.15 pagi.
Zoo Johor dibuka semula April, harga tiket kekal paling murah di Malaysia
Pelbagai kemudahan dan infrastruktur sedang dinaik taraf melibatkan kos kira-kira RM7 juta bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.
Zoo Johor bakal dibuka semula April ini - Onn Hafiz
Zoo Johor yang kini ditutup bagi pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf fasa satu akan dibuka semula kepada orang ramai pada April ini.
Kerja naik taraf Zoo Johor dijangka siap suku tahun 2024
Zoo berusia 95 tahun itu kini ditutup bagi pelaksanaan Intervensi Fasa 1 meliputi lima zon utama.
Johor terima peruntukan tambahan RM2 juta naik taraf zoo
Peruntukan tambahan RM2 juta disalurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi kerja-kerja menaik taraf Zoo Johor.
Gerhana matahari pengaruhi perilaku haiwan
Gerhana Matahari Anulus atau Gerhana Matahari Cincin yang berlaku hari ini didapati turut mempengaruhi perilaku haiwan.