BUKIT MERTAJAM: Zakat Pulau Pinang (ZPP) mencatatkan prestasi kutipan memberangsangkan tahun lepas apabila mengumpul RM159.7 juta, merangkumi RM152.86 juta zakat harta dan RM6.84 juta zakat fitrah.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata meskipun jumlah itu tidak mencapai sasaran ditetapkan iaitu RM166.7 juta namun ia melebihi 95 peratus daripada unjuran disasarkan susulan penurunan jumlah pembayar zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), disebabkan tiada lagi pengeluaran bersasar seperti i-Sinar dan i-Citra.
"Jika dilihat berdasarkan prestasi, kutipan zakat harta tahun lepas meningkat pada kadar 6.48 peratus berbanding tahun sebelumnya RM143.54 juta, begitu juga dengan zakat fitrah yang mencatatkan peningkatan kepada RM6.84 juta berbanding RM6.58 juta pada 2022.
"Justeru, pengurangan lima peratus daripada mencapai sasaran adalah disebabkan tiada pengeluaran pada 2023, kerana sebelum ini pengeluaran itu perlu dibuat pembayaran zakat," katanya pada sidang media Laporan Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat ZPP Bagi Tahun 2023 di Ibu Pejabat ZPP di Bandar Perda, di sini.
Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua MAINPP Datuk Dr Roslan Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif ZPP Datuk Amran Hazali.
Pada sidang media sama, Mohamad turut mengumumkan kadar baharu nisab zakat harta berjumlah RM24,200 berbanding tahun lepas, RM21,650.
Sementara itu, Mohamad berkata tahun lepas ZPP telah berjaya mengagihkan sebanyak RM173.39 juta, meningkat 11.74 peratus berbanding RM155.172 juta pada 2022.
"Bilangan penerima zakat (mustahik) individu dan institusi bagi tahun 2023 adalah sebanyak 43,367 berbanding 40,240 pada 2022, meningkat seramai 3,127 atau 7.7 peratus," katanya.
Menurut beliau, jumlah keseluruhan agihan zakat sepanjang 2023 telah mencapai 97.96 peratus, dan jumlah itu mengambil kira agihan semasa sebanyak RM147.4 juta dan jumlah wang zakat sebelum diagihkan pada tahun sebelumnya iaitu RM25.98 juta.
"Jumlah keseluruhan mustahik juga telah meningkat tahun lepas sebanyak 17.75 juta.
"Peningkatan signifikan ini disebabkan ZPP telah menyemak kenaikan maksimum had al-kifayah asnaf dan kenaikan kadar nilai agihan sebanyak RM100 hingga RM700 bagi Skim Agihan Kewangan Bulanan, Agihan Sekali gus, Rawatan Dialisis Bulanan, Skim Sewaab Rumah Asnaf, Skim Nur Ramadan dan Skim Hari Raya Aidilfitri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2024
Mohamad berkata tahun lepas ZPP telah berjaya mengagihkan sebanyak RM173.39 juta, meningkat 11.74 peratus berbanding RM155.172 juta pada 2022. - Foto Facebook/ZPP
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
Tembakan di KLIA: 'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan
Mengikut jadual asal pengawal peribadi yang mesra disapa ramai dengan panggilan 'Along' itu tidak seharusnya bekerja semalam.
Jamuan Aidilfitri komuniti Taiping, 'potluck' sambil berkelah
Lebih istimewa apabila masing-masing yang hadir segak mengenakan pakaian kebangsaan baju Melayu dan baju kurung.
Dewasa bergejala elak peluk, cium anak kecil semasa beraya - Pakar Pediatrik
Golongan dewasa yan dinasihat untuk tidak menyentuh, mencium atau memeluk anak-anak kecil dengan sesuka hati.
Rakyat Malaysia di Bangkok sambut Aidilfitri dengan keluarga, rakan
Kedutaan Besar Malaysia di Thailand anjur majlis makan tengah hari bersama kakitangannya dan tetamu jemputan bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Shila Amzah terbuka menerima kunjungan ibu dan adik nak datang beraya - “Andai kata mama dan Syada mahu...”
Penyanyi Shila Amzah memberitahu dia terbuka menerima kehadiran ibu dan adik-beradiknya untuk datang ke rumah sempena Hari Raya Aidilfitri.
Aidilfitri: Tangani soalan 'panas', tetap matlamat komunikasi menggembirakan
Tanpa sedar, soalan diutarakan mengguris hati, seterusnya mengganggu emosi dan menjejaskan silaturrahim.
Capal dan tanjak jadi pilihan di Aidilfitri
Pemakaian busana tradisional sudah mula diamalkan Marina Ahmad sekeluarga sejak sembilan tahun lalu.
“Orang lain gembira… tapi saya trauma bila tiba Aidilfitri”
Dua anak lelaki Aslina maut dalam kemalangan jalan selang dua tahun menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.