Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat, Zuraida Kamaruddin mahu supaya Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Rashid Din untuk mendedahkan Log File tablet e-undi yang digunakan semasa proses pemilihan parti bagi cabang Julau semalam.
Ini katanya bagi menutup ruang spekulasi dan tuduhan berkaitan kemungkinan berlakunya serangan siber dan sistem pemilihan telah yang diceroboh.
"Dedahkan siapa yang memuat turun aplikasi Prey tersebut dan siapakah yang telah mengakses tablet untuk tujuan itu. Semua ini terdapat di dalam Log File tablet tersebut," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Katanya, untuk memuat turun aplikasi Prey, penjaga atau administrator kepada tablet e-voting itu, harus memasukkan kata laluan dan ini bukan dapat dilakukan oleh semua orang.
"Rashid Din telah menyatakan sistem tersebut telah digodam dan sekiranya perkara ini berlaku, sudah tentu ia terjadi atas pengetahuan petugas JPP, kerana hanya mereka mempunyai akses kepada sistem tersebut," katanya.
Zuraida memandang tuduhan yang dibuat oleh calon Timbalan Presiden Rafizi Ramli berkaitan perkara itu adalah palsu.
Menurutnya, Prey merupakan satu aplikasi yang popular dalam peranti yang menggunakan sistem Android dan boleh dimuat turun sepertimana aplikasi lain di dalam telefon bimbit atau mana-mana peranti pintar mudah alih yang lain.
Aplikasi itu adalah untuk melindungi maklumat di dalam peranti mudah alih, untuk memastikan sekiranya peranti tersebut hilang atau dicuri, ia boleh dipantau oleh pemilik sebenar, sejurus selepas peranti tersebut berada dalam talian (online).
"Ia bukanlah 'malware' (spyware atau virus) sepertimana yang telah dituduh oleh Rafizi. Ia adalah aplikasi melindung dan bukannya untuk mengambil data, sepertimana yang dinyatakan oleh Rashid," kata Zuraida.
JPP telah menggantung keputusan pemilihan PKR cabang Julau berikutan perkara tersebut semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 11 2018
Zuraida memandang tuduhan yang dibuat Rafizi berkaitan perkara itu adalah palsu. - Gambar fail
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Bank Islam perkenal aplikasi, web perbankan baharu – BIMB
Untuk menggunakan aplikasi BIMB, pengguna perlu mempunyai peranti dengan iOS 13 dan terkini, atau Android 10 dan terbaru.
KDN muktamad satu aplikasi untuk urusan imigresen dengan Singapura - Saifuddin
KDN memilih satu aplikasi bagi urusan imigresen rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.
Tidak perlu guna MyDigital ID untuk MyJPJ bermula 10 Okt - Loke
Orang ramai tidak perlu menggunakan MyDigital ID untuk mendaftar masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Al-Inarah himpun 7,000 artikel soal jawab hukum Islam dalam tempoh 3 tahun
Aplikasi Al-Inarah mempunyai sebanyak 7,000 artikel yang dimuat naik dan boleh diakses secara percuma.
Aplikasi Google Gemini kini boleh dimuat turun di Malaysia
Melalui kemas kini terbaharu juga, ia dilihat telah mula memahami input bahasa Malaysia.
Gangguan IT global: Aplikasi, portal SESB turut terjejas
Aplikasi dan web portal mySESB milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami gangguan sistem hari ini.
Orang ramai diminta waspada, jangan muat turun sebarang APK
Hal ini kerana penggodaman telefon pintar ialah modus operandi yang sering digunakan penjenayah untuk tujuan mencuri data dan mengakses maklumat kewangan.
Guna data pendaftaran kenderaan milik golongan sasar, elak ketirisan subsidi diesel - MCW
Langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel umemerlukan pelaksanaan teliti dan kawalan ketat bagi mengelakkan ketirisan.
Aplikasi YouTube Kids untuk televisyen akan tamat pada Julai 2024
Sebagai ganti, Google meminta pengguna menggunakan aplikasi utama YouTube pada televisyen.
Think Quran lain daripada yang lain
Jelas Mawi, tidak banyak aplikasi yang menawarkan perkhidmatan memahami ayat-ayat al-Quran yang dibaca seperti terdapat pada Think Quran.