Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin bersama warga kementeriannya hari ini menzahirkan rasa dukacita dan simpati kepada anggota keluarga serta waris kepada enam anggota bomba yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat di Puchong malam tadi.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata anggota-anggota daripada Pasukan Penyelamat Di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang terkorban telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan amanah, setia dan memaparkan komitmen yang tinggi dalam usaha untuk mencari dan menyelamat mangsa lemas.
"Pengorbanan Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25; Yahya Ali, 24; Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25 akan terus dikenang dan jasa mereka akan diabadikan di dalam sejarah Malaysia," katanya.
Katanya kementerian akan turut memastikan nasib keluarga dan waris wira-wira negara itu akan dibela terutamanya dari segi kebajikan bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka.
Kesemua anggota bomba terbabit lemas ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong pada 9.15 malam tadi.
Kesemua jenazah mangsa disembahyangkan di Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Shah Alam pagi tadi dan selamat dibawa ke kampung halaman masing-masing.
--BERNAMA
Bernama
Thu Oct 04 2018
ZURAIDA: Kementerian akan turut memastikan nasib keluarga dan waris wira-wira negara itu akan dibela. - Gambar fail
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Zuraida zahir dukacita, pastikan nasib keluarga dan waris terbela
Menurut Zuraida, pengorbanan semua mangsa itu akan terus dikenang dan jasa mereka akan diabadikan di dalam sejarah Malaysia.