awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN Kedah yakin golongan muda terima fakta sebenar

Bernama
Bernama
29/03/2013
03:44 MYT
BN Kedah yakin golongan muda terima fakta sebenar
Umno Kedah yakin golongan muda di negeri ini mampu ditarik untuk memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) jika mereka diberikan penerangan jelas tentang kemampuan BN menerajui kerajaan.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata golongan muda mendengar daripada banyak pihak sebelum membuat keputusan menyokong pihak yang mana pada PRU13 dan disebabkan itu jentera BN perlu lebih giat mendekati mereka.
"Masih ramai yang belum buat keputusan (menyokong parti mana), masih atas pagar dan tak mahu dengar daripada satu pihak. Tugas kami untuk menerangkan pelbagai isu berbangkit supaya mereka yakin untuk memberi mandat kepada BN.
"Jika kami kata orang dah mula kembali kepada BN sepenuhnya, ia mungkin syok sendiri. Kami masih kena berusaha. Selain selesaikan masalah rakyat seperti masalah rumah, elektik, air, jalan, peluang pekerjaan, kebajikan, bantuan orang sakit, penerangan pun perlu diadakan," katanya kepada pemberita selepas Rali Selamatkan Kedah anjuran Pemuda BN Kedah di sini lewat malam tadi.
Katanya walaupun golongan muda suka mendapatkan maklumat daripada Internet yang mungkin sarat dengan tohmahan tetapi mereka juga mahu mendengar penerangan daripada BN secara bersemuka.
"Jangan fikir orang muda selalu emosi...mereka rasional. Mereka boleh terima fakta. Orang muda bersikap terbuka untuk terima maklumat daripada mana-mana pihak. Sana dia dengar sini pun dia dengar sebelum dia buat keputusan," katanya yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Sementara itu, Mukhriz berkata BN tetap memberikan tentangan dengan meletakkan calon yang boleh menang di kawasan-kawasan yang secara tradisinya dikuasai parti pembangkang dalam pilihan raya-pilihan raya yang lepas.
" Kawasan yang putih bagi mereka (pembangkang) tak semestinya hitam bagi kami. Kami tetap letak calon yang boleh menang. Kami tetap berusaha dapat sokongan, BN tidak pernah fikir kalah sebelum masuk gelanggang walaupun di kawasan susah sekalipun," katanya.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#Kedah
#muda
#pilihan raya umum
#PRU13
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan