Bulan Oktober lepas, Microsoft telah mengemas kini OneDrive pada versi web dengan antara muka baharu.

Pengguna kini lebih mudah untuk mencari dan menguruskan fail yang telah dimuat naik ke awanan.

Selepas berbulan menjanjikan Copilot akan tiba ke OneDrive, minggu ini pengguna Microsoft 365 akan mula dapat menggunakan AI pada perkhidmatan storan awanan Microsoft ini.





Copilot akan mengimbas dan membaca semua fail pengguna. Kemudian dengan hanya memasukkan prom ringkas, Copilot boleh merumuskan sesebuah dokumen tanpa fail tersebut dibuka. Contohnya jika anda ada fail laporan kewangan syarikat, Copilot boleh faham untuk merumuskan fail yang mana berdasarkan prom. Sebelum fail dikongsi ke sesiapa, ia turut boleh menjana ringkasan kandungan secara automatik.





OneDrive turut membenarkan pengguna untuk pra-lihat fail dua kali ganda lebih pantas berbanding biasa.

Akhir sekali, pengguna turut kini boleh mencipta fail baharu dengan templat yang dijana AI.

Dalam semakan saya, antara muka baharu telah saya terima tetapi Copilot masih belum muncul dalam akaun saya. Ini mungkin kerana langganan Microsoft365 yang tidak diteruskan. -Amanz