awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Hak rakyat dan PDRM perlu dihormati' - PM

Astro Awani
Astro Awani
07/04/2013
11:55 MYT
'Hak rakyat dan PDRM perlu dihormati' - PM
Kebebasan individu dan kepentingan masyarakat keseluruhan perlu diseimbangkan supaya Malaysia dianggap sebagai sebuah negara demokrasi yang matang. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan perkara itu dapat dicapai sekiranya wujud kefahaman antara rakyat dan kerajaan. Perdana menteri berkata hak asasi rakyat perlu dihormati namun pada masa sama kuasa yang ada pada polis tidak boleh hilang untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Najib berkata, “Rakyat mahu kita meninggikan lagi tahap profesionalisma kita supaya hak asasi rakyat dihormati tetapi jangan sampai pihak polis tidak ada kuasa untuk menjalankan kerja dan tanggungjawab, saya percaya inilah keseimbanagan antara kebebasan dan kepentingan masyarakat keseluruhannya." Katanya jika rakyat menuntut perubahan tetapi kerajaan tidak membuat perubahan maka akan berlaku pertembungan antara rakyat dan kerajaan. Beliau juga menjelaskan bahawa rakyat akan lebih menghargai sebuah kerajaan yang mampu melakukan perubahan seiring dengan kehendak rakyat. Perdana Menteri menegaskan sejarah membuktikan bahawa pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan yang berpaksi kepada kehendak rakyat akan kekal dan bermakna. Najib berkata demikian ketika berucap di majlis perjumpaan bersama pesara-pesara pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#kebebasan
#kepentingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan