awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS nafi majlis syura gesa keluar pakatan

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
04/05/2013
04:52 MYT
PAS nafi majlis syura gesa keluar pakatan
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan bahawa Majlis Syura parti itu menggesa supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat.
Beliau menegaskan surat yang tersebar itu adalah palsu dan merupakan tindakan terdesak pihak-pihak tertentu untuk mengelirukan ahli-ahli dan penyokong PAS.
"Surat tersebut adalah palsu dan tandatangan saya telah ditiru.
"Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din telah membuat kenyataan menafikan Majlis Syura Ulama bermesyuarat pada 2 Mei lepas dan membuat keputusan seperti dalam surat tersebut," katanya ketika dihubungi Astro Awani.
Beliau menasihatkan ahli dan penyokong PAS supaya tidak terpengaruh dengan surat yang tersebar dan terus komited memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat.
Mustafa juga menjelaskan pihaknya juga akan membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan tersebut.
Satu kenyataan yang mendakwa keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan ditandatangani Mustafa telah tersebar sejak semalam (Jumaat).
Antara kandungan kenyataan tersebut ialah Majlis Syura Ulama parti itu mengarahkan supaya ahli-ahlinya supaya memberikan undi kepada calon-calon PAS sahaja ketika hari mengundi esok (Ahad).
Selain itu, kenyataan itu juga memuatkan keputusan Majlis Syura yang mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat.
Majlis Syura Ulama PAS merupakan badan kedua tertinggi dalam parti itu selepas Muktamar.
Topic Berkaitan
#Mustafa Ali
#Pakatan Rakyat
#PAS
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan