awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM: Pembangkang celaru bila obses Putrajaya

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
26/04/2013
10:50 MYT
PM: Pembangkang celaru bila obses Putrajaya
Pembangkang kini dilihat semakin bercelaru apabila terlalu obses dan syok sendiri bermimpi mahu merampas Putrajaya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sifat sebenar parti di dalam pakatan pembangkang semakin terserlah menjelang Pilihan Raya Umum (PRU).
''Mereka bergaduh dalam pelbagai hal,isu calon pun berbalah,itu tidak kira berebut mahu kerusi di kawasan sama.
''Ini tidak berlaku dalam Barisan Nasional (BN). Kita bincang dan tolak ansur dalam pemberian kerusi kerana ini soal hala tuju dan dasar negara negara,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perhimpunan rakyat 1Malaysia di Arena Square di sini.
Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Kira-kira 15,000 masyarakat hadir dalam majlis tersebut.
Kunjungan Najib ini jadi perhatian kerana kerusi Parlimen Kuala Kangsar diihat antara kerusi tumpuan dalam PRU-13 ini.
Ia berikutan tindakan mengejut bekas Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon bebas.
Kamilia menentang calon BN, Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan calon Pas, Khalil Idham Lim.
Dalam pada itu,Najib meminta rakyat menolak pembangkang yang disifatkan punca ketegangan jika berpeluang memerintah negara.
''Kita harus fikir sudah 55 tahun BN membina negara. Kita bukan mabuk kuasa tetapi mahu kepercayaan rakyat berdasar kelayakan.
''Kita tak mahu rakyat beri kuasa kerana kita minta kuasa tapi atas kebolehan mentadbir kerajaan selama ini,'' ujarnya.
Najib dalam rangka lawatan sehari ke beberapa Parlimen di Perak sepanjang hari ini.
Topic Berkaitan
#celaru
#Datuk Seri Najib Razak
#obses
#pembangkang
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan