Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Melekek (kini dikenali DUN Taboh Naning) Datuk Nawi Ahmad meninggal dunia malam tadi akibat sakit jantung.
Nawi, 71, yang juga Timbalan Pengerusi Pusat Zakat Melaka (PZM) menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira 8.15 malam di rumahnya di Kampung Cherana Putih di sini.
Pengurus Besar PZM Ismail Hasim berkata Allahyarham dimasukkan ke Hospital Putra di sini selepas mengalami serangan jantung pada 20 Mac lepas dan menjalani pembedahan pada hari sama.
"Allahyarham bagaimanapun berada dalam keadaan koma dan dibawa pulang ke rumah petang semalam sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 8.15 malam tadi di sisi anggota keluarganya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah Allahyarham.
Allahyarham meninggalkan isteri Datin Jubaidah Ahmad dan enam anak.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cherana Putih di sini pada 12 tengah hari tadi.
Antara yang menziarahi jenazah Allahyarham ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Exco kerajaan negeri.
Mohd Ali yang juga Pengerusi PZM berkata pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar bagi negeri Melaka dan masyarakat beliau merupakan seorang yang rajin dan banyak membantu menyelesaikan masalah rakyat.
"Masa beliau menjadi pengerusi dan timbalan pengerusi PZM, kutipan zakat dapat dilakukan dengan baik dengan peningkatan 20 peratus setiap tahun," katanya.
Allahyarham pernah berkhidmat sebagai guru di Singapura pada 1962 sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Simpang Ampat, Alor Gajah dan menyertai Umno pada 1976.
Beliau bertanding pada pilihan raya kecil DUN Melekek pada 1997 berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Mohd Zin Abdul Ghani dan berjaya mempertahankan kerusi DUN berkenaan pada pilihan raya umum ke-10 dan ke-11.
Bernama
Mon Apr 01 2013
Trio pecut wanita dalam senarai menunggu ke Paris 2024
Trio pecut wanita negara berpeluang beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila berada pada kedudukan pertama senarai menunggu untuk mengambil bahagian di temasya itu.
JAIM bakal perkenal Pusat Tahfiz TVET, tawar kursus selam dasar laut
JAIM bakal menjadikan Maahad Tahfiz Pulau Besar sebagai Pusat Tahfiz Program Pendidikan dan TVET yang turut menawarkan kursus selam dasar laut.
Jalan baharu sebagai laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
MSPO mampu penuhi permintaan EUDR, kata pakar
Panel pakar pensijilan yang dipanggil oleh MPOC telah menilai keupayaan pensijilan MSPO sebagai instrumen untuk memastikan pematuhan kepada EUDR.
SUKMA XXI bakal bawa limpahan ekonomi kepada Sarawak - Abdul Karim
Pemain industri perhotelan, inap desa dan pengusaha makanan serta pengangkutan di Sarawak bakal menerima limpahan ekonomi daripada penganjuran temasya SUKMA XXI Sarawak 2024.
Minggu Latihan Kebangsaan pupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat - HRD Corp
HRD Corp bakal menganjurkan NTW pada Jun ini, bertujuan menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat melalui peluang meningkatkan kemahiran dan pembelajaran secara percuma.
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Agensi Risikan Seoul beri amaran Korea Utara rancang serangan ke atas kedutaan
Agensi Risikan Korea Selatan mengeluarkan amaran Pyongyang sedang merancang serangan yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di luar negara, dan kementerian luar perlu meningkatkan tahap amaran untuk misi diplomatik di lima negara.
20 terkorban bas terjatuh dalam gaung di utara Pakistan
Bas berkenaan dalam perjalanan ke kawasan pergunungan utara Gilgit-Baltistan dari Rawalpindi di wilayah timur Pakistan.
Bekas Adun Melekek meninggal dunia
Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Melekek (kini dikenali DUN Taboh Naning) Datuk Nawi Ahmad meninggal dunia malam Ahad.