THREADS merupakan salah satu platform sosial yang dilancarkan oleh Meta, dengan hasrat untuk bersaing dengan Twitter. Threads diperkenalkan dengan dipautkan bersama Instagram, dan memperlihatkan peningkatan pengguna secara drastik sejak dilancarkan.

Mengikut angka terbaru yang dikongsikan, Threads dikatakan mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan. Daripada pengamatan kami sendiri, pengguna dilihat telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter. Buat masa ini, Threads masih bebas iklan lagi, dan belum menjana sebarang pendapatan.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, Meta masih belum berkongsi berkenaan berapakah angka pengguna Threads harian. Tidak mustahil kita melihat Meta melakukan pelbagai integrasi pada platform mereka, sekaligus meningkatkan lagi pengguna aktif di Threads.

Bagi anda sendiri, adakah anda giat menggunakan Threads?