Bekas Ketua Menteri Melaka, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), seorang bekas ADUN DAP dan seorang ADUN PKR dilantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka.
Barisan 11 portfolio itu diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali hari ini, sebelum Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Exco berlangsung pada petang ini.
Sulaiman yang juga ADUN Lendu dipertanggungjawab memegang portfolio Perancangan Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Pantai dan Sungai, Pengurusan Air, Hal Ehwal Agama, Perindustrian, Pelaburan, Teknologi, Komunikasi, Multimedia dan Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC).
Antara lain yang dilantik termasuk Datuk Seri Idris Haron yang memikul tanggungjawab sebagai Exco Pembangunan Daerah Luar Bandar dan Pengurusan Banjir, Adun Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis dari PKR dan Adun Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang dilantik semula memegang portfolio lama.
Manakala dua ADUN Bersatu masing-masing Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (Paya Rumput) dilantik sebagai Exco Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan serta ADUN Telok Mas Datuk Noor Effandi Ahmad sebagai Exco Di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal dan Vokasional, Sains dan Inovasi) yang merupakan sebuah portfolio yang baharu diwujudkan.
Dalam pada itu, Sulaiman menjelaskan portfolio Hal Ehwal Masyarakat dan Pengguna dikosongkan buat masa ini bagi mencari calon yang sesuai menggalas tanggungjawab berkenaan.
“Kesemua senarai nama Ahli Exco ini saya telah persembahkan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob pada 11 Mac lalu dan harini senarai nama itu telah dipersetujui setelah semakan dibuat dengan penuh teliti.
“Bagi portfolio yang kosong ini kita sedang meneliti Adun yang sesuai memenuhi kekosongan itu dan ianya dijangka dilengkapkan dalam tempoh sebulan ini,” katanya dalam sidang media di Kompleks Seri Negeri di sini hari ini.
Mengulas lanjut ujarnya, satu-satunya ADUN wanita dibawah gabungan kerajaan Perikatan Nasional (PN), Adun Taboh Naning, Datuk Latifah Omar dilantik sebagai Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan.
Manakala, Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur, dipegang oleh Adun Merlimau Datuk Roslan Ahmad, dan Exco Kesihatan dan Antidadah disandang oleh ADUN Ayer Molek, Rahmad Mariman.
Perikatan Nasional negeri Melaka mempunyai 17 ADUN, membabitkan 13 dari Barisan Nasional (BN), dua dati Bersatu dan masing-masing satu dari PKR dan Bebas.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Mar 13 2020

Barisan 11 portfolio itu diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali hari ini, sebelum Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Exco berlangsung pada petang ini. - Gambar fail
![[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPD) - 25 Feb 2021 [SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPD) - 25 Feb 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892490/574696631614247811646_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPD) - 25 Feb 2021
Ikuti sidang media khas berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPD), Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

18,720 dos vaksin COVID-19 tiba di Kelantan, MB terima suntikan awal 2 Mac
Seramai 140 individu termasuk Menteri Besar, barisan Exco Kerajaan Negeri Kelantan serta pemimpin negeri bakal menerima suntikan awal vaksin COVID-19 pada 2 Mac depan.

Kadar pengangguran turun 4.8 peratus pada Disember 2020
Kadar pengangguran telah berjaya dikurangkan sebanyak 4.8 peratus pada Disember 2020 dengan pelaksanaan program Penjana Kerjaya Kebangsaan. Menteri Kewangan, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz usaha berterusan akan dilakukan bagi mengatasi masalah pengangguran akibat pandemik COVID-19.

Pejuang | Gesa persidangan Parlimen berlangsung penuh
Pejuang berharap persidangan Parlimen kali ini dapat dijalankan sepenuhnya dan bukannya persidangan sehari seperti yang dilakukan pada 18 Mei tahun lalu.

Vaksin COVID-19: Fasa kritikal kini beri pemahaman pada rakyat
Penulis juga senada dengan kegusaran dan kebimbangan yang diutarakan oleh ahli akademik ini kerana walaupun kumpulan yang menolak vaksin COVID-19 ini boleh dianggal minoriti yang terpencil.

Pejuang gesa persidangan Parlimen berlangsung penuh, bukan hanya sehari
Menurut satu kenyataan media pada Khamis, Pejuang menuntut persidangan kali ini mengikut takwim asal tanpa memendekkan sesi persidangan.

Polis tumpaskan kegiatan curi motosikal 'Geng Azhar'
Polis menumpaskan kegiatan mencuri motosikal didalangi Geng Azhar yang aktif melakukan jenayah itu sejak akhir tahun lepas.

China benarkan paras pencemaran udara lebih tinggi 'sedikit' tahun ini
Standard kualiti udara kebangsaan China kini pada paras 35 mikrogram per meter kubik, yang sudahpun melebihi paras yang disyorkan WHO.

Keputusan Mahkamah Persekutuan buka ruang cabar peruntukan jenayah Islam - Pembela
Pembela berkata Menteri Undang-undang perlu melihat balik perlembagaan dan mengemukakan pindaan supaya undang-undang ini tidak dicabar lagi pada masa depan.

Bicara kes pengubahan wang, elak cukai Rosmah Mansor bermula November
Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Wakil rakyat, NGO boleh bantu KKM sebar maklumat dan pendaftaran vaksin COVID-19
Mereka dilihat lebih dekat dengan masyarakat tempatan dan memahami selok belok dan rencam di sesebuah kawasan terutama di kawasan pedalaman

FB Live mengenai darurat: Aziz Bari beri keterangan kepada polis
Dia dipanggil polis untuk memberi keterangan bermula jam 11.45 pagi dan selesai kira-kira 1 tengah hari.

Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.

Semua pihak perlu ganding bahu jaya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan - Kian Ming
Ong Kian Ming menambah kempen keyakinan itu perlu diketuai oleh ahli politik dari pihak kerajaan dan pembangkang.

Tamatkan jawatan menteri yang tidak penting - Tengku Putra
Mana-mana jawatan menteri dan timbalannya yang tidak penting boleh ditamatkan dan tugasannya boleh diangkat oleh ketua setiausaha kementerian yang berkenaan.

"Apa keistimewaan ahli politik? Selamatkan Orang Asli terlebih dahulu!" - Ramesh
Komuniti Orang Asli seharusnya dilindungi segera daripada risiko jangkitan COVID-19 sepertimana suntikan diberikan kepada petugas barisan hadapan dan ahli Parlimen.

Potong gaji ADUN beli peranti elektronik bantu pelajar - Ahli PSB
Kerajaan Negeri di bawah GPS perlu lebih prihatin kepada nasib pelajar di Sarawak daripada golongan miskin bandar dan miskin luar bandar.

AGC bantah permohonan cabar tindakan PM nasihat Agong gantung Parlimen, DUN ketika darurat
Bantahan itu dibuat atas alasan pemohon tidak mempunyai kes yang boleh dihujah bagi membolehkan mahkamah memberi kebenaran dalam permohonan semakan kehakiman.

Tahun Baharu China: Chong Wei beri ucapan khas kepada warga DUN Layang-Layang
Ucapan itu ditujukan kepada beberapa penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang menerusi panggilan video.

Benarkan kedai gunting rambut, cuci kereta beroperasi - Pemuda Negara
Kerajaan harus menimbangkan keperluan untuk meneruskan perniagaan dan kelangsungan hidup sebilangan besar pengusaha kecil seperti pemilik kedai gunting rambut dan perkhidmatan mencuci kereta.