awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 'warlord' UMNO sertai PN diumum sebelum PRN

Sinar Harian
Sinar Harian
06/06/2023
00:16 MYT
10 'warlord' UMNO sertai PN diumum sebelum PRN
Razali ketika ditemu bual media di Ibu Pejabat Perikatan Nasional, Kuala Lumpur, 5 Jun 2023. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) dijangka mengumumkan sekurang-kurangnya 10 'warlord' daripada UMNO bakal menyertai gabungan itu sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN).
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris berkata, mereka yang terlibat adalah nama besar yang telah disisihkan UMNO.
"Ada...kira orang yang ada nama, yang disisih oleh UMNO. Secara sukarela (mereka) sertai salah satu parti (dalam PN) sama ada Pas atau Bersatu.
"Kita akan umum sebelum PRN," katanya ditemui media di pekarangan Ibu Pejabat PN, di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan pemimpin UMNO selain daripada bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang bakal ditarik menyertai PN.
Dua minggu lalu, Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan terdapat lapan bekas pimpinan UMNO menyertai gabungan tersebut.
Pada Isnin, beliau sekali lagi memberi bayangan lebih jelas, bahawa Noh bakal menyertai gabungan berkenaan.
Mohamed Azmin berkata, pada masa ini Noh sering berada di pentas PN untuk memberi sokongan dan menarik sokongan rakyat pada PRN Selangor. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#UMNO
#Perikatan Nasional
#Razali Idris
#nama besar disisihkan UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan