Lebih 100 ahli termasuk Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) cawangan Kampung Paya Rumput Hilir, Tangga Batu, Melaka hari ini mengisytiharkan keluar parti ekoran krisis dalaman melibatkan jawatan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).
Bekas Pengerusi Amanah Cawangan Kampung Paya Rumput Hilir, Jalalludin Mulot berkata, keputusan itu dibuat selepas kesemua mereka tidak lagi yakin dengan jaminan diberikan oleh kepimpinan tertinggi negeri apabila terdapat campur tangan pihak lain dalam pemilihan jawatan berkenaan.
Ujarnya, pada Oktober lalu, beliau telah diberi mandat untuk menggalas jawatan Pengerusi MPKK bagi menyelesaikan kemelut dalaman perebutan jawatan ahli jawatankuasa MPKK yang telah lama berlaku sesama ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Bagaimanapun setelah krisis itu diselesaikan, beliau tiba-tiba diberitahu pihak penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor bahawa Pengerusi MPKK baharu telah dilantik menerusi campur tangan pihak luar.
“Dalam negara kita yang dikatakan ‘Malaysia Baharu’, tidak mahu ada pemimpin yang begini, yang kita kena angguk, kita kena ikut kehendak dia. Dia langgar kawasan siapa untuk menentukan, membina empayar dia. Tak boleh.. Itu style lama.
“Kita tak boleh terima cara ni. Jadi saya mengisytiharkan, biarlah saya berundur keluar dari parti daripada menjadi ‘pak turut’, dan memenuhkan nafsu serakah pemimpin yang sebegini,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Kampung Paya Rumput Jaya Hilir hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, keputusan mengejut yang turut mendapat persetujuan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari itu amat mengecewakan ahli parti berkenaan kerana ia dilakukan atas dasar mengikut kehendak pihak luar berkenaan yang memegang jawatan selaku exco kanan kerajaan negeri.
Ujarnya, secara peribadi, beliau hormat exco kanan berkenaan, namun campur tangan itu disifatkan biadab.
Sementara itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika mengulas ringkas isu berkenaan berkata, beliau belum menerima sebarang maklumat berkaitan dengannya.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Nov 25 2018
Sebahagian daripada ahli Amanah cawangan Kampung Paya Rumput Hilir, Tangga Batu, Melaka hari ini mengisytiharkan keluar parti. - Astro AWANI
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
Pemilihan Amanah: Pilih berdasarkan merit bukan cai - Mat Sabu
Menurut Mohamad seseorang pemimpin yang bakal dipilih perlu dilihat kebolehan dan kemampuan yang dimiliki kerana ia boleh membantu parti.