awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

100 hari pertama: Persepsi rakyat lebih banyak positif berbanding negatif

Astro Awani
Astro Awani
07/09/2018
10:14 MYT
100 hari pertama: Persepsi rakyat lebih banyak positif berbanding negatif
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika meninggalkan sidang media selepas mempengerusikan Majlis Presiden Pakatan Harapan di Menara Yayasan Selangor hari ini. - Foto Bernama
Persepsi rakyat terhadap 100 hari pertama pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan dilihat pelbagai iaitu ada yang negatif, tetapi lebih banyak ke arah positif.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini didedahkan menerusi kajian persepsi yang dilakukan kerajaan terhadap 100 hari pertama pentadbirannya.
Tinjauan itu melibatkan 487,000 responden menerusi firma Berkshire Media.
"Ada yang memberi pendapat, walaupun pentadbiran ketika ini tidak mencapai (kejayaan) apa yang mereka inginkan, namun mereka berpuas hati.
"Ada juga yang memberi reaksi negatif. Contohnya dalam isu pengangkutan, mereka tidak berpuas hati dengan jumlah perbelanjaan membabitkan MRT namun mereka menunjukkan reaksi positif kepada fasiliti dan kemudahan yang disediakan," katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.
Selain itu, Dr Mahathir menjelaskan, terdapat segelintir rakyat yang bertanggapan kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam rasuah dan penyelewengan.
"Kita terpaksa jelaskan bahawa kita cuba membuat sesuatu mengikut undang-undang. Undang-undang itu memerlukan bukti yang cukup sebelum kita bawa ke mahkamah. Ini yang melambatkan (sesuatu pertuduhan)," katanya.
Perdana Menteri menarik perhatian, kaji selidik itu juga mendapati rakyat berpuas hati dengan kejayaan kerajaan membatalkan undang-undang yang dilihat tidak adil sebelum ini dan pengenalan undang-undang baharu seperti Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Beliau bagaimanapun mengakui kesukaran kerajaan mencapai 100 peratus janji manifestonya setakat ini adalah ekoran kerosakan yang ditinggalkan rejim lama yang jauh lebih serius daripada yang dijangkakan.
Topic Berkaitan
#Berkshire Media
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#pengangkutan
#pentadbiran
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan