awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Lamag catat 44.50 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR
PRK Kinabatangan: 43.23 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR
Senarai baharu barangan SARA akan dikemas kini sebelum Ramadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

36 pusat mengundi PRK Kinabatangan, Lamag dibuka 7.30 pagi ini

Bernama
Bernama
23/01/2026
23:40 MYT
36 pusat mengundi PRK Kinabatangan, Lamag dibuka 7.30 pagi ini
-fotoBERNAMA
KINABATANGAN: Sebanyak 36 pusat pengundian dengan 117 tempat mengundi atau saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dibuka serentak pada 7.30 pagi ini.

Ringkasan AI
  • 36 pusat pengundian dengan 117 tempat mengundi dibuka serentak bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada 7.30 pagi.
  • Proses pengundian melibatkan 48,282 pengundi untuk memilih wakil rakyat baharu, dengan penjumlahan rasmi undi dijangka pada 10 malam di Dewan Sri Lamag.
  • PRK diadakan susulan kematian Datuk Seri Bung Moktar Radin, dengan calon seperti Mohd Kurniawan Naim mewakili BN dan Mazliwati Abdul Malek dari Warisan bersaing.

Kesemua pusat mengundi berkenaan dibuka hingga 5.30 petang dan menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebanyak dua pusat mengundi ditutup pada 12 tengah hari, manakala 34 pusat mengundi pula ditutup secara berperingkat mulai 1 tengah hari hingga 5.30 petang mengikut masa mengundi yang telah ditetapkan.
Menurut SPR, proses pengundian hari ini melibatkan 48,282 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.
Penjumlahan rasmi undi pula akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Sri Lamag dan keputusan rasmi dijangka diumumkan pada 10 malam.
Proses pengundian dikendalikan 1,106 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selain 926 pegawai dan anggota polis yang ditugaskan pada hari mengundi.
Pada Selasa lepas, SPR memaklumkan sebanyak 93 peratus atau 176 anggota polis telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi kedua-dua PRK berkenaan yang berlangsung di Teratak Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan.
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala bagi DUN Lamag pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).
Kesemua lima calon akan mengundi pada PRK berkenaan dengan Mohd Kurniawan Naim akan mengundi di SK Bilit, Saddi (SK Batu Puteh), Goldam (SK Pekan Tongod), Mohd Ismail (SK Bukit Garam II) dan Mazliwati di SK Buang Sayang.
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Bung Moktar mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan selepas memperoleh majoriti 4,330 undi dengan menewaskan pencabarnya Mazliwati daripada Warisan.
Bung Moktar turut melakar kemenangan dalam saingan lima penjuru di DUN Lamag pada Pilihan Raya Negeri Sabah, 29 Nov lepas dengan memperoleh majoriti 153 undi.
-- BERNAMA
Dapatkan keputusan dan berita terkini PRK Kinabatangan dan PRK Lamag di sini
Topic Berkaitan
#PRK Kinabatangan
#PRK DUN Lamag
#pilihan raya kecil
#Naim Moktar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan