awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 ADUN UMNO, seorang ADUN Bersatu angkat sumpah Exco Perak

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
10/12/2020
06:53 MYT
4 ADUN UMNO, seorang ADUN Bersatu angkat sumpah Exco Perak
Sultan Nazrin berkenan melantik kesemua mereka sebagai exco dengan berpandukan Perkara XVI Fasal 2 (a) Undang undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan. - Foto BERNAMA
KUALA KANGSAR:Lima Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Perak mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah di sini petang ini.
Mereka merupakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari UMNO dan seorang dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang telah diperkenan oleh Sultan Nazrin.
Mewakili UMNO adalah ADUN Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun; Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Kampong Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (Bota).
Keempat-empat mereka merupakan Exco yang sama sewaktu pentadbiran Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Sementara itu, mewakili Bersatu pula adalah ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, yang kali terakhir menjadi Exco semasa pentadbiran Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
[LAPOR LANGSUNG]: Saarani MB baharu Perak
Kesemua mereka kemudian menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Hisham Hashim. - Foto Jabatan Penerangan
Kesemua mereka kemudian menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Hisham Hashim. - Foto Jabatan Penerangan
Kesemua mereka kemudian menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Hisham Hashim.
Sultan Nazrin berkenan melantik kesemua mereka sebagai Exco dengan berpandukan Perkara XVI Fasal 2 (a) Undang undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan.
Topic Berkaitan
#UMNO
#Sultan Perak
#ADUN
#Exco
#politik perak
#Angkat sumpah exco
#Saarani Mohamad
#Mohd Zolkafly Harun
#Shahrul Zaman Yahya
#Wan Norashikin Wan Noordin
#khairul shahril mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan