awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

67 peratus undi tak wajar KJ-Shahril tubuh parti baharu

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
09/06/2023
13:56 MYT
67 peratus undi tak wajar KJ-Shahril tubuh parti baharu
Sebanyak 67 peratus mengatakan tidak wajar Khairy dan bekas Ketua Shahril menubuhkan parti politik baharu.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 67 peratus berpandangan tidak wajar bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menubuhkan parti politik baharu.
Keputusan undian tersebut dimaklumkan Khairy dalam sesi podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
"Soalan yang kita tak nak tanya pada malam ini, sebab kalau tidak wajar (tubuhkan parti politik)...
"...Sebab saya faham banyak komen yang saya baca, bukan saya nak jadi rasis, orang Melayu (dalam komen tersebut) kata tak akan (tubuh) satu lagi parti politik orang Melayu, nak pecahkan orang Melayu....
"Jadi soalan. Which party? Kalau nak tahu terus dengar 'Keluar Sekejap'," kata Khairy mengakhiri episod berkenaan.
Baru-baru ini, Khairy menerusi podcast sama memaklumkan mempertimbangkan untuk menubuhkan parti baharu disebabkan pasaran politik yang agak tepu.
Bekas Menteri Kesihatan itu berkata sejak beberapa minggu ini beliau melihat ada kebarangkalian untuk membuka parti lain.
"Saya lihat jika kita dapat permulaan kedua dalam politik, kenapa tidak permulaan itu on our own terms (mengikut syarat kita sendiri)," katanya.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Shahril Sufian Hamdan
#UMNO
#Keluar Sekejap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan