awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Golden Prosperity Burger warnai Tahun Baharu 2026, McDonald’s Malaysia semarak semangat kebersamaan
TikTok perkenal GamePlan untuk peminat sukan
Pengguna iPhone 17 Pro lapor isu bunyi 'siulan' semasa mengecas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abang Jo beri bayangan Ahmad Johnie dicalonkan semula di Igan

Bernama
Bernama
08/06/2022
21:00 MYT
Abang Jo beri bayangan Ahmad Johnie dicalonkan semula di Igan
ABANG JOHARI: Kita belum tentukan lagi siapa calon di kawasan Igan, tetapi saya beri bayangan bahawa dia masih muda, baru satu penggal. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan penyandang kerusi parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi, bakal dinamakan semula sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Abang Johari yang juga Premier Sarawak berkata secara tradisi kerusi parlimen tersebut sememangnya kerusi milik Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang menerajui gabungan GPS.
"Kita belum tentukan lagi siapa calon di kawasan Igan, tetapi saya beri bayangan bahawa dia (Ahmad Johnie) masih muda, baru satu penggal.
"Kita lihat dia juga masih kuat (mungkin) dia sahaja la," katanya selepas menghadiri Majlis Penangguhan Pesta Matu 2022 di Matu pada Rabu.
Ahmad Johnie menang dengan majoriti 8,495 undi menewaskan calon dari PKR Andri Zulkarnaen Hamden pada PRU14.
GPS merupakan gabungan yang dianggotai PBB, Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP), dan di peringkat parlimen, ia memiliki 18 kerusi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abang Johari Openg
#Ahmad Johnie Zawawi
#Igan
#Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan