awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakar cadang pusat data teroka sumber air bawah tanah
Ramai bekas pemimpin mohon kembali kepada UMNO, keputusan selepas PAU - Asyraf
PGA tumpaskan sindiket pemerdagangan manusia, tahan PATI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abdul Aziz dilantik ketua pembangkang DUN Perak

Bernama
Bernama
09/05/2020
08:44 MYT
Abdul Aziz dilantik ketua pembangkang DUN Perak
Pelantikan Abdul Aziz itu diumumkan Ketua Sekretariat PH Perak, V. Sivakumar.
Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Perak melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari sebagai ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang baharu.
Pelantikan Abdul Aziz itu diumumkan Ketua Sekretariat PH Perak, V. Sivakumar dalam satu kenyataan hari ini.
Naib Pengerusi DAP Perak itu pernah menyandang jawatan sebagai exco kerajaan negeri Perak yang memegang portfolio Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dari 2018 hingga Februari lepas.
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga DUN Perak ke-14 akan diadakan Selasa ini selama sehari dan dijadual dirasmikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
Persidangan itu bakal menyaksikan kedudukan ADUN berubah selaras dengan jajaran politik baharu yang menyaksikan PH tumbang selepas Perikatan Nasional (PN) Perak terdiri daripada Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membentuk kerajaan negeri.
PN Perak mendapat mandat itu berikutan sokongan 32 daripada 59 ADUN iaitu 25 (BN), Bersatu (empat) dan PAS (tiga).
Komposisi terkini DUN Perak terdiri daripada BN (25); DAP (16); Parti Amanah Negara (AMANAH) (lima); Bersatu (empat); PKR (tiga); PAS (tiga); dan Bebas (tiga).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#abdul aziz bari
#dap perak
#DUN Perak
#Ketua Pembangkang
#Pakatan Harapan
#Perak
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan