awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Acara naikkan bendera dahului perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2021

Bernama
Bernama
18/03/2022
01:21 MYT
Acara naikkan bendera dahului perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2021
Ahmad Zahid menaikkan bendera UMNO 'Sang Saka Bangsa' dengan diiringi nyanyian lagu UMNO oleh perwakilan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2021 dimulakan dengan acara menaikkan bendera UMNO di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.
Upacara menaikkan bendera UMNO yang menjadi simbolik perasmian perhimpunan dimulakan oleh Ketua Pergerakan Wanita Datuk Seri Dr Noraini Ahmad diikuti Ketua Pemuda Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Puteri Datuk Zahida Zarik Khan dengan latar belakang lagu pergerakan masing-masing.
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tiba pada 8.05 pagi kemudiannya menaikkan bendera UMNO 'Sang Saka Bangsa' dengan diiringi nyanyian lagu UMNO, 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' oleh perwakilan yang hadir menyaksikan acara tersebut.
Turut hadir Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO bersama dua lagi Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Setiausaha Agung parti Datuk Seri Ahmad Maslan.
PERKEMBANGAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2021
Perhimpunan kali ini yang disertai 5,571 perwakilan diadakan selama empat hari bermula Rabu.
Selaras dengan situasi COVID-19, Perhimpunan Agung UMNO 2021 diadakan dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk pematuhan pemakaian pelitup muka serta penjarakan fizikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PAU 2021
#acara menaikkan bendera
#nyanyian lagu UMNO
#SOP ketat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan