Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengadakan pertemuan dengan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di Jalan Demak di sini pagi tadi.
Beliau tiba kira-kira jam 9.45 pagi.
Kunjungan itu adalah rutin biasa bagi seorang Ketua Menteri untuk menghadap TYT sebelum beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri pada hari ini juga.
Adenan meluangkan masa kira kira 1 jam 15 minit berjumpa dengan Abdul Taib sebelum meninggalkan kediaman berkenaan pada jam 11 pagi.
Beliau sempat berhenti di hadapan pihak media untuk memberitahu bahawa beliau akan mengadakan satu sidang media di pejabat di Bangunan Wisma Bapa Malaysia pada jam 2 petang ini.
Spekulasi sidang media berkenaan terus menjadi teka teki di kalangan pihak media bila terdapat juga desas desus mengatakan yang perjumpaan pagi ini dan sidang media pada sebelah petang nanti adalah bagi tujuan untuk mendapatkan perkenan TYT bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihan raya negeri ke -11 diadakan.
Penggal DUN Sarawak sekarang sepatutnya berakhir pada 30 Jun ini.
Noor Aida Abdul Kassim
Thu Mar 31 2016
Adenan meluangkan masa kira kira 1 jam 15 minit berjumpa dengan Abdul Taib sebelum meninggalkan kediaman berkenaan pada jam 11 pagi. - Foto Astro AWANI
Kesuma percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, laporan interim Jun ini
Steven Sim berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini.
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Impak gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus
Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi. #AWANInews
3 terbunuh serangan peluru berpandu Rusia
Serangan turut mengakibatkan kerosakan infrastruktur awam.
Rumah kosong di Jepun pecah rekod, 9 juta unit
Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan sebelumnya yang dijalankan pada 2018.
Kenaikan gaji penjawat awam akan diperincikan semasa pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata kenaikan gaji melebihi 13 peratus itu membuktikan komitmen kerajaan kepada penjawat awam.
Australia peruntukan AUD1 bilion banteras keganasan domestik, seksual
Perdana Menteri Australian umumkan peruntukan AUD1 bilion tangani jenayah kegasanan domestik dan seksual yang disifatkan sebagai krisis nasional negara itu.
Puluhan kakitangan berhimpun di Universiti Stanford
Universiti Standford, California antara puluhan institusi yang menyertai protes menggesa menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap Gaza akibat serangan Israel.
Polis masuk Universiti Columbia, tahan beberapa individu
Pada Selasa, pelajar Universiti Colombia berikrar meneruskan siri protes di kampus sebagai solidariti menyokong Palestin, sekali gus melawan usaha pihak universiti untuk menghentikan mereka.
Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai
Ia akan memintas menara Central Park Tower di New York yang berketinggian 472 meter.
Pas sahkan letak calon bukan Islam pada PRN Sarawak
Buat julung kalinya Pas akan meletakkan calon bukan Islam pada pilihan raya negeri Sarawak namun enggan mendedahkan identiti calon itu.
BN bukan parti yang 'mabuk kuasa' - Najib
BN merupakan parti yang sentiasa berpegang kepada prinsip demokrasi dengan memberi peluang kepada rakyat untuk memilih setiap lima tahun.
Notis pembubaran DUN Sarawak akan dihantar kepada SPR hari ini - Speaker
Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar memaklumkan, notis terbabit telah difaksimili pagi tadi dan akan di hantar mengunakan perkhidmatan kurier hari ini juga.
Adenan Satem menghadap TYT Sarawak, adakan sidang media petang ini
Terdapat desas desus mengatakan yang perjumpaan pagi ini dan sidang media pada sebelah petang nanti adalah bagi tujuan untuk mendapatkan perkenan TYT bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Pembubaran DUN Sarawak: Adenan akan menghadap Taib Mahmud dalam masa terdekat
Bagaimanapun, Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri enggan mendedahkan bila tarikh pertemuan berkenaan akan diadakan.