KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik Hassan A Gani Pg Amir daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) hari ini mengumumkan keluar parti atas alasan Warisan masih mengutamakan politik berbanding kesejahteraan rakyat.
Katanya beliau kini seorang Adun Bebas yang menyokong Kerajaan Negeri Sabah di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
"Saya melihat perkara yang diperlukan oleh negara pada hari ini adalah kestabilan politik. Kestabilan ini penting untuk memastikan kerajaan dapat memberikan sepenuh perhatian dalam menangani COVID-19 dan menjaga kesejahteraan rakyat.
"Saya amat berdukacita melihat pendirian Parti Warisan yang dilihat masih bermain dengan rentak politik Pakatan Harapan (PH) yang mengutamakan kepentingan politik berbanding kesejahteraan rakyat yang terbeban dengan isu COVID-19," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di sini hari ini.
Susulan tindakan Hassan A Gani menyokong GRS, gabungan itu yang dianggotai parti komponen Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah kini memiliki sokongan 48 Adun daripada keseluruhan 79 Adun negeri tersebut.
Hassan A Gani berkata antara punca yang amat mengecewakan dirinya ialah tindakan Warisan menolak Belanjawan 2021 di Parlimen yang menurut beliau jelas membelakangkan kepentingan rakyat terutama dalam usaha menangani COVID-19.
"Segala usaha dibuat kerajaan menangani COVID-19 memerlukan peruntukan melalui bajet yang dibentangkan... cukup-cukup sudah bermain politik, masa ini kesejahteraan rakyat perlu diutamakan," katanya.
Beliau berkata tindakan kepimpinan Warisan yang membelakangkan pemimpin dan ahli akar umbi termasuk Adun parti itu terutama dalam usaha menyuarakan kepentingan rakyat juga menyebabkan beliau mengambil keputusan meninggalkan parti berkenaan.
"Saya juga membuat keputusan keluar daripada Warisan demi membantu rakyat di kawasan yang saya wakili. Saya akan lebih senang membantu rakyat apabila menjadi Adun bebas yang menyokong kerajaan GRS," katanya.
Hassan A Gani berkata beliau membuat keputusan itu tanpa desakan mana-mana pihak dan percaya kerajaan negeri ditadbir GRS kini dapat membantu rakyat Sabah terutama penduduk di kawasan yang diwakilinya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 25 2021

Hassan A Gani berkata antara punca yang amat mengecewakan dirinya ialah tindakan Warisan menolak Belanjawan 2021 di Parlimen. - Gambar/ Bernama

Serangan | Marahkan polis, bomba jadi mangsa
Di saat sedang payah memadam kebakaran di sebuah sekolah di bandar Lille di Perancis, dilempar pula dengan objek berupa peluru dari bangunan berdekatan. Itu yang dilalui anggota bomba yang terlibat dalam operasi pemadaman di bandar tersebut.

Serangan | Pegawai polis maut ditikam
Seorang pegawai polis wanita maut ditikam di sebuah balai polis di Rambouillet Perancis pada Jumaat. Menurut pihak berkuasa, penyerangnya bagaimanpun ditembak mati oleh pegawai yang berada berhampiran lokasi kejadian.

KRI Nanggala 402 | Operasi mencari dan menyelamat diteruskan
Usaha mencari dan menyelamat kapal selam KRI Nanggala 402 bersama 53 anak kapal di perairan Bali diteruskan pada Jumaat. Ketua Tentera Laut Indonesia memaklumkan, oksigen di dalam kapal selam itu dijangka habis pada jam 3 pagi Sabtu.

Kes hina Permaisuri Agong: Fahmi Reza ditahan polis
Sumber dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman mengesahkan penahanan tersebut.

VFive Group lancar yayasan pertingkat CSR syarikat
Ia merupakan inisiatif memantapkan CSR dan berkongsi rezeki kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Bonus Raya | Guna bonus Raya untuk PdPR anak
Jika sebelum ini Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri penjawat awam digunakan untuk persediaan menyambut Syawal namun mungkin berbeza bagi sebahagian penerima untuk tahun ini. Ramai kalangan mereka berkemungkinan memannfaatkanya untuk penambaikan pendidikan anak-anak bagi menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Ini kerana PdPR kini menjadi sebahagian daripada norma baharu yang perlu diamalkan bagi mengekang penularan COVID-19.

10 Berita Pilihan - (23 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Siasatan Polis | Fahmi Reza ditahan hina Permaisuri Agong
Aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza ditahan Polis Diraja Malaysia pada Jumaat. Difahamkan, Fahmi ditahan atas dakwaan menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sukuk Malaysia | Masyarakat antarabangsa semakin yakin - PM
Terbitan Sukuk Kelestarian Malaysia yang mencatatkan langganan 6.4 kali mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap kebolehan ekonomi negara untuk kembali kukuh, meskipun berdepan dengan pandemik COVID-19. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebelum ini juga bank dunia membuat unjuran yang ekonomi Malaysia berkembang sebanyak enam peratus tahun ini manakala kerajaan menetapkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara enam hingga 7.5 peratus.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 April 2021.

Gagal 'letak jawatan' selepas keluar parti: Warisan saman ADUN Sebatik
Writ itu menamakan Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto Padua Jr sebagai plaintif bagi pihak parti tersebut.

Warisan saman Adun Sebatik
Peguam Warisan memfailkan saman terhadap ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir selepas gagal meletak jawatan sebagai wakil rakyat Sebatik.

Aduan terhadap Adun Sebatik diserahkan ke SPRM - Warisan
Wira Warisan memfailkan aduan kepada SPRM terhadap Adun Sebatik.

'Surat peletakan jawatan' Adun Sebatik: Warisan akan ambil tindakan undang-undang
Peguam Warisan didakwa mempunyai dokumen yang jelas menunjukkan bahawa Hassan A Gani bersetuju untuk meletak jawatan jika meninggalkan parti.

Speaker Dun Sabah sahkan Adun Sebatik kekal bebas, tiada kekosongan kerusi
Kadzim berkata ini kerana surat letak jawatan Adun Sebatik dikemukakan Parti Warisan Sabah (Warisan) semalam tidak efektif kerana ditandatangani terlebih dahulu.

Warisan serah 'surat peletakan jawatan' Adun Sebatik kepada Speaker DUN esok - Shafie Apdal
Rakaman video Hassan A Gani berikrar untuk setia kepada Warisan dan kesediaannya menandatangani surat berkenaan turut didedahkan.

Adun Sebatik umum keluar Warisan, jadi Bebas sokong GRS
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik Hassan A Gani Pg Amir daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) hari ini mengumumkan keluar parti atas alasan Warisan masih mengutamakan politik berbanding kesej

Dua ADUN BN jumpa Mohd Shafie secara tertutup
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini hari ini.