KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO bahagian Kota Raja mendesak Majlis Kerja Tertinggi parti itu segera membuat satu mesyuarat khas bagi membincangkan serta membuat satu pendirian berkenaan isu afidavit tambahan yang diikrarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.
Ketua Pemuda UMNO Kota Raja, Mohd Zaffarollah Mohd Nordin berkata desakan yang dibuat itu bagi memurnikan keadaan.
"Mewakili keluarga Pemuda Kota Raja, tahniah diucapkan kepada pemimpin utama parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas pengesahan yang dibuat oleh beliau hari ini.
"Tindakan berani tersebut sedikit sebanyak memberi harapan baharu kepada parti keramat ini agar menjadi sebuah parti pembela bangsa dan agama," katanya, dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mohd Zaffarolah berkata, merahsiakan kewujudan Titah Adendum berkenaan amat menyedihkan dan mendukacitakan terutama di kalangan ahli UMNO serta rakyat Malaysia.
"Adalah suatu kezaliman dan penderhakaan kepada mana-mana pihak yang bertanggungjawab merahsiakan serta melanggar titah YDPA membenarkan seorang negarawan berusia 71 tahun itu menjalani hukumannya di rumah seperti yang termaktub dalam Titah Adendum tersebut," tambahnya.
Awal hari ini, Ahmad Zahid, menerusi Afidavit Tambahan No. 3 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendakwa, beliau diberitahu mengenai kewujudan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16, supaya Najib menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah oleh Ahli MKT Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Menurut Ahmad Zahid, Tengku Zafrul menunjukkan Titah Adendum itu pada telefonnya yang beliau ambil gambar dan imbas sendiri daripada salinan asal seperti ditunjukkan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Susulan afidavit tambahan oleh Ahmad Zahid itu, Tengku Zafrul memaklumkan beliau juga akan mengemukakan afidavit bagi memperbetulkan apa yang disifatkan sebagai 'kesilapan fakta'
Astro Awani
Wed Apr 17 2024
Mohd Zaffarolah berkata, merahsiakan kewujudan Titah Adendum berkenaan amat menyedihkan dan mendukacitakan terutama di kalangan ahli UMNO serta rakyat Malaysia. - Gambar fail
Manchester United lantik Ruben Amorim sebagai ketua jurulatih baharu
Jurulatih dari Portugal, Ruben Amorim, dilantik sebagai Ketua Jurulatih Manchester United, pasukan Liga Perdana Inggeris, menurut pengumuman kelab itu pada Jumaat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
SPRM mulakan siasatan berhubung kerugian pelaburan FashionValet
SPRM memulakan siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet.
Kerajaan seru usahawan muda perlu berani ambil risiko - Fadillah
Kerajaan sentiasa membuka ruang kepada usahawan muda untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Menteri Korea Utara janji sokong penuh Rusia dalam perang di Ukraine
Menteri Luar Korea Utara Choe Son Hui berjanji untuk membantu Rusia dalam perang melawan Ukraine "sehingga hari kemenangan" semasa perbincangan dengan rakan sejawatnya Sergei Lavrov di Moscow.
Enam ditahan terlibat pergaduhan hingga sebabkan kematian
Lima lelaki dan seorang wanita berusia belasan tahun hingga 40 tahun ditahan kerana terlibat dalam pergaduhan sehingga menyebabkan kematian di Taman Sejati, Batu Anam di sini semalam.
Pembantu kedai makan didakwa tipu dalam penjualan kenderaan
Seorang pembantu kedai makan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu dalam penjualan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard bulan lepas.
Tanah runtuh Bukit Wawasan: Kawasan terjejas diisytihar selamat didiami
Kawasan kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 16 Dis tahun lepas di Taman Wawasan, di sini sudah boleh kembali didiami oleh penghuni sembilan kediaman yang terjejas berikutan insiden itu.
Empat anggota polis direman, disyaki terlibat dalam kecurian barang kemas
Empat anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes kecurian barang kemas milik seorang wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam kereta di pakir sebuah kondominium di Setapak.
Titah Adendum: Mahkamah rayuan tetapkan 5 Dis dengar rayuan Najib
Adendum itu didakwa dititah oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.
Najib tidak pernah minta dibebaskan - Ismail Sabri
Najib hanya mahu perbicaraan adil diberikan kepadanya, dedah Ismail Sabri.
Ahmad Zahid ikrar bebaskan Najib
Ahmad Zahid berikrar untuk membebaskan Najib yang kini sedang menjalani hukuman penjara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Julai 2024.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah
Mahkamah Tinggi KL tolak permohonan Najib untuk dapatkan kebenaran mulakan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan Titah Adendum.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 April 2024.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.