KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) akan membantah permohonan parti Bersatu untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul dan empat ahli Parlimen di Sabah.
Bersatu memfailkan tindakan undang-undang memohon supaya Johari mengosongkan empat kerusi Parlimen di negeri berkenaan.
Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly yang mewakili AGC berkata pihaknya akan membuat bantahan tersebut pada pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman 29 Ogos ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh.
"Tarikh pendengaran tersebut telah ditetapkan pada pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Firdaus Sidqi Sharil Azli hari ini," katanya ketika dihubungi.
Peguam Chetan Jethwani mewakili Bersatu ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya selaku pegawai awam pertubuhan parti itu pada 17 April lepas.
Parti itu yang bertindak sebagai pemohon menamakan Johari serta empat Ahli Parlimen terlibat iaitu Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang) sebagai responden pertama hingga kelima.
Dalam permohonan itu, parti berkenaan memohon suatu perintah untuk membatalkan keputusan Johari melalui surat bertarikh 16 Jan lepas yang menyatakan responden kedua hingga kelima telah memberi penjelasan dan mengesahkan bahawa tiada berlakunya kekosongan kerusi Parlimen berkenaan berdasarkan tafsiran Perlembagaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Perlembagaan Bersatu.
Bersatu juga memohon satu deklarasi bahawa empat ahli Parlimen itu telah berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, selain perintah supaya Johari mengesahkan berlakunya kekosongan luar jangka bagi semua kerusi Parlimen berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023

AGC akan membuat bantahan tersebut pada pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman 29 Ogos ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh. - Fail/Astro AWANI

Shah Firdaus percaya boleh cabar emas jika kemenangan separuh akhir pertama tidak batal -
Kemenangan pelumba itu dibatalkan oleh komisar perlumbaan selepas Shah Firdaus memasuki lorong lawannya itu semasa pusingan akhir.

Komunikasi, pengangkutan cabaran getir hantar bekalan makanan ke Pensiangan
Then berkata kesemua perkara itu, perlu dilakukan secara manual dengan menaiki bot selain berjalan kaki dari kampung ke kampung.

Speedy Tigers jadikan Indonesia mangsa belasahan seterusnya
Skuad hoki lelaki kebangsaan menepati ramalan selepas mudah mengatasi Indonesia 9-2 pada aksi ketiga Kumpulan B temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Gongshu Canal Sports Park, di sini, hari ini
![[KOLUMNIS] Ulasan filem Malbatt 1, oleh pihak yang terjejas [KOLUMNIS] Ulasan filem Malbatt 1, oleh pihak yang terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695911075_MalbattMisiBakara.jpg)
[KOLUMNIS] Ulasan filem Malbatt 1, oleh pihak yang terjejas
Pegawai dan semua peringakat MALBATT terdiri daripada golongan professional yang cukup terlatih dan berdisiplin.

Pelancong hilang: SAR di Gunung Jasar temukan kesan tapak kaki kemungkinan jejak mangsa
Mangsa telah mendaftar masuk ke Hikers Sleep Port Guest House, Tanah Rata pada 19 Sept dan sepatutnya mendaftar keluar pada 24 Sept.

Tidak isytihar kandungan gluten: Singapura panggil balik produk dari Malaysia
Memandangkan gluten boleh cetuskan alahan, SFA telah mengarahkan pengimport, Taste Original Pte Ltd, supaya menarik balik produk berkenaan.
AWANI Ringkas: Sukan Asia - Ekuestrian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis tahan pengutip sampah serang pemandu lori dengan parang
Polis menahan seorang lelaki di Taman Setapak Jaya yang disyaki menyerang seorang pemandu lori dengan menggunakan objek tajam di Pandan Perdana dua hari lepas.
AWANI 7:45 [28/09/2023] - Qabil rangkul emas | Yakin tiada kenaikan harga barang | Jamin beras putih cukup | Laksanakan pelan komprehensif
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Malaysia cipta sejarah, raih emas pertama ekuestrian di Sukan Asia
2. Banjir di Kedah memburuk
3. Paynet perjelas, caj transaksi duitnow QR hanya untuk RM5 ribu ke atas
4. Isu Beras, Bernas beri jaminan bekalan beras putih cukup
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Malaysia cipta sejarah, raih emas pertama ekuestrian di Sukan Asia
2. Banjir di Kedah memburuk
3. Paynet perjelas, caj transaksi duitnow QR hanya untuk RM5 ribu ke atas
4. Isu Beras, Bernas beri jaminan bekalan beras putih cukup
#AWANInews

PM Thailand derma gaji, elaun kepada badan kebajikan
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin akan menyumbang gaji dan elaun bulanan sepanjang menerajui perntadbiran negara kepada pelbagai badan amal dan yayasan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Wanita Sarawak gagal dapat kebenaran mahkamah batal nama sebagai mualaf
Seorang wanita dari Sarawak gagal dapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi bagi memulakan semakan kehakiman untuk membatalkan namanya daripada Daftar Mualaf.

Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam terhadap Ismail Sabri, kerajaan bermula 9 Okt
Kes Lokman Adam yang didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan akan diteruskan 9 Oktober.

Kes Zahid: 'Gerakan Selamatkan Malaysia' berhimpun Sabtu ini - Ahmad Fadhli
Ahmad Fadhli berkata, gerakan tersebut bagi menyatakan isu berhubung sistem perundangan negara yang semakin membimbangkan.

Jabatan Peguam Negara masih lagi teliti bukti baharu kes Ahmad Zahid
AGC menegaskan pihaknya bersama pasukan siasatan masih lagi meneliti kesemua bukti baharu kes penyelewengan dana Yayasan Akalbudi (YAB), yang membabitkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Keputusan melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid kukuh, diterima mahkamah - Jabatan Peguam Negara
"Semasa membuat keputusan tersebut, hakim menyatakan bahawa alasan-alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah kukuh (cogent)."

Kes Zahid: MUDA tuntut semua Ahli Parlimen kerajaan nyatakan pendirian
MUDA menuntut kesemua Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan mengemukakan pendirian mereka berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan daripada 47 pertuduhan
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar.

Pendakwaan mohon Ahmad Zahid lepas tanpa bebas daripada 47 pertuduhan
Pendakwaan ingin memberhentikan prosiding bagi kesemua pertuduhan terhadap Ahmad Zahid, yang memberi kesan lepas tanpa bebas.

Isu kebocoran 'Memo Dalaman' AGC tidak dijawab, Pemuda UMNO akan buat laporan polis - Dr Akmal
Pemuda UMNO akan mengerakkan ahli-ahlinya untuk membuat laporan polis agar satu siasatan dijalankan terhadap isu kebocoran 'Memo Dalaman' Jabatan Peguam Negara (AGC) baru-baru ini.

Pemuda UMNO desak Peguam Negara siasat kesahihan 'Memo Dalaman' kes Najib
Pemuda UMNO mendesak Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menyiasat kesahihan dokumen tular yang didakwa sebagai Memo Dalam Jabatan Peguam Negara (AGC).