awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agenda reformasi kerajaan adalah tekad politik bantu rakyat - Anwar

Bernama
Bernama
21/04/2024
08:09 MYT
Agenda reformasi kerajaan adalah  tekad politik bantu rakyat - Anwar
Perdana Menteri yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat pada Konvensyen 25 Tahun PKR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Agenda reformasi yang dilaksanakan Kerajaan Madani ketika ini merupakan tekad politik untuk membantu golongan rakyat yang memerlukan, tanpa mengira latar belakang politik mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengambil contoh Sumbangan Tunai Rahmah (STR), beliau berkata kerajaan menyediakan sebanyak RM10 bilion pada tahun ini berbanding RM8 bilion tahun lepas, yang memanfaatkan sembilan juta rakyat untuk meringankan beban mereka.
"(Selain itu) Sumbangan Asas Rahmah (SARA), kita tambah lima kali ganda daripada RM130 juta tahun lalu kepada RM700 juta, (manakala) bantuan untuk murid sekolah, dari darjah satu sampai tingkatan lima semua pelajar Melayu, pelajar Cina dan pelajar India, termasuk di Sabah dan Sarawak dapat, dengan jumlahnya untuk tahun 2024 ialah RM800 juta," katanya.
Anwar yang juga Presiden PKR berkata demikian, semasa menyampaikan Amanat Presiden sempena Konvensyen 25 Tahun PKR, di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini, hari ini.
Beliau berkata kerajaan juga menjaga kebajikan penjawat awam menerusi kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), dengan cadangan penambahbaikan yang akan diumumkan 1 Mei nanti.
Perdana Menteri berkata oleh sebab itu kerajaan melaksanakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU), untuk membantu kerajaan memberikan bantuan kepada yang layak.
"Ini yang dikatakan reform. Saya nak nasihatkan kawan-kawan yang bicara dan agak sinis terhadap reform, reform ni dalam erti kata apa manfaat kepada golongan miskin, pekerja ladang, nelayan di kampung, pekebun kecil Melayu, India di estet, penjawat awam, ini yang mesti disampaikan dan ini memerlukan reform," katanya.
Selepas konvensyen khas itu, kemuncak sambutan Jubli Perak penubuhan PKR akan diadakan pada 11 Mei ini, pada program Malam Sambutan 25 Tahun Keadilan di Sentul Depot, Kuala Lumpur.
Sambutan itu, dijadual berlangsung sepanjang hari dengan acara kemuncaknya penyampaian Amanat Presiden.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agenda reformasi
#Anwar Ibrahim
#Kerajaan Madani
#membantu rakyat
#Amanat Presiden
#Konvensyen 25 Tahun PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan