awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
Ee Wei sasar musim 2026 lebih sihat, bebas kecederaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli DAP jangan mudah diprovokasi, ikut rentak parti lain - Anthony Loke

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2026
07:40 MYT
Ahli DAP jangan mudah diprovokasi, ikut rentak parti lain - Anthony Loke
Anthony berkata, ahli parti tidak seharusnya termakan provokasi, namun sewajarnya membuat keputusan berlandaskan kehendak rakyat dan pengundi yang diwakili. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook menegaskan hala tuju parti tidak seharusnya mengikut rentak atau desakan parti lain, sebaliknya ditentukan atas kehendak parti sendiri.

Ringkasan AI
  • Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, menegaskan bahawa hala tuju parti sepatutnya ditentukan oleh kehendak parti sendiri tanpa dipengaruhi oleh desakan atau rentak parti lain.
  • Ahli parti disarankan supaya membuat keputusan berdasarkan kehendak rakyat dan pengundi yang diwakili, serta tidak mudah termakan provokasi dari luar.
  • Anthony turut menyatakan bahawa keputusan peranan DAP dalam Kerajaan MADANI di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dinilai selepas tempoh enam bulan, dan keputusan akan diserahkan kepada akar umbi dan perwakilan kongres.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Anthony berkata demikian sebagai respons desakan rakan-rakan pimpinan dan akar umbi parti agar DAP bertanding secara bersendirian untuk pilihan raya akan datang dan tidak terlibat dalam Kerajaan Negeri Melaka.
Tambahnya ahli parti tidak seharusnya termakan provokasi, namun sewajarnya membuat keputusan berlandaskan kehendak rakyat dan pengundi yang diwakili.
“Hala tuju, keputusan parti bukan ikut tempo atau rentak parti orang lain, saya nak nyatakan hala tuju dan keputusan parti adalah keputusan diri kita sendiri.
“Kita jangan mudah untuk diprovokasi, kita akan buat keputusan sendiri... tak payah orang lain beritahu kita apa yang kita kena buat,” katanya semasa menyampaikan ucap tama di Konvensyen Tahunan DAP Melaka ke-25 di Melaka hari ini.
Walaupun Anthony tidak menamakan individu yang membuat desakan, namun difahamkan merujuk kepada Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, yang sebelum ini mendesak agar pemimpin DAP keluar daripada Kerajaan Perpaduan di Melaka.
Pada masa sama, Anthony turut mengulangi keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada tahun lalu untuk meneliti peranan DAP dalam Kerajaan MADANI dibawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas enam bulan tahun ini.
Namun beliau yang juga Menteri Pengangkutan menegaskan selepas tempoh tersebut keputusan akan diserahkan kepada akar umbi dan perwakilan kongres.
“Kita mesti tunjukkan keazaman dan niat untuk lakukan perubahan dan reformasi,” katanya lagi.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah respons Anthony Loke terhadap desakan agar DAP bertanding secara bersendirian untuk pilihan raya akan datang? A: Anthony Loke menegaskan bahawa hala tuju parti sepatutnya ditentukan oleh kehendak parti sendiri, bukan mengikut rentak atau desakan parti lain.
  • Q: Siapakah yang difahamkan merujuk kepada desakan agar pemimpin DAP keluar daripada Kerajaan Perpaduan di Melaka? A: Desakan tersebut difahamkan merujuk kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.
  • Q: Apakah keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP berkaitan peranan parti dalam Kerajaan MADANI dibawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim? A: Keputusan CEC DAP pada tahun lalu ialah untuk meneliti peranan DAP dalam Kerajaan MADANI di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas enam bulan, dan keputusan seterusnya akan diserahkan kepada akar umbi dan perwakilan kongres.

Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#DAP
#Kerajaan Madani
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan