awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen Kimanis nafi sokong Anwar

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
13/12/2020
13:14 MYT
Ahli Parlimen Kimanis nafi sokong Anwar
Mohamad menafikan telah menandatangani SD dengan niat menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU:Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin menyangkal dakwaan mengatakan beliau sebahagian daripada wakil rakyat UMNO yang menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara tersebut adalah tidak benar sama sekali.
"Sebagai seorang peguam saya faham akan kesan dan niat sesuatu SD itu dibuat.
"Justeru, saya ingin menyatakan seperti berikut, bahawa saya menafikan telah menandatangani SD dengan niat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri," katanya.
Sejak semalam, timbul khabar angin mengatakan Presiden PKR itu telah meraih SD daripada beberapa kalangan ahli Parlimen termasukl 10 wakil rakyat UMNO.
Bagaimanapun, sebahagian wakil rakyat yang disebut termasuk ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin telah menyangkal dakwaan berkenaan.
Topic Berkaitan
#SD
#akuan bersumpah
#Ahli Parlimen Kimanis
#nafi
#Mohamad Alamin
#menafikan
#sokong
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan