Sekitar 3,000 ahli PKR dari kawasan Jerai, Pendang dan Merbok mendesak Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan apa yang didakwa mereka "perjanjian sulit" dengan pemimpin DAP.
Bekas pemangku Ketua Cabang Jerai, Shahidan Zakaria yang mewakili ahli PKR terlibat pada sidang media khas itu berkata tindakan Dr Wan Azizah itu telah mengorbankan kepentingan parti demi menurut telunjuk sekutunya.
“Kita meminta Datuk Seri Dr Wan Azizah memperjelaskan tentang perjanjian sulit itu dan dipersetujui dengan (Penasihat DAP) Lim Kit Siang dan DAP.
“Kedua, apakah benar Lim Kit Siang membuat semua keputusan dalam Pakatan dan (Dr) Wan Azizah hanya ‘pak turut’.
“Jika benar, maka parti PKR boleh diibarat seperti tubuh badan manakala kepalanya adalah DAP,” kata Shahidan.
Beliau mendakwa banyak keputusan yang dibuat oleh Dr Wan Azizah telah menimbulkan pelbagai keraguan dalam kalangan ahli.
Shahidan berkata antara keputusan kepimpinan PKR yang menimbulkan tanda tanya dan bantahan dalam kalangan ahli akar umbi PKR di Kedah adalah membenarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertanding atas tiket PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Tindakan membenarkan Tun Dr Mahathir dan Mukhriz guna watikah dan logo PKR merupakan satu pengkhianatan kepada reformasi PKR 1998," kata Shahidan.
Kepimpinan pakatan pembangkang membabitkan DAP, PKR, PPBM dan Parti Amanah Negara (PAN) bersetuju menggunakan simbol PKR ketika bertanding pada PRU14.
Dr Wan Azizah, katanya, juga telah membelakangkan kepimpinan negeri dan cabang dengan meletakkan calon luar di beberapa kerusi yang sepatutnya diwakili calon tempatan.
Shahidan mendakwa Dr Wan Azizah telah mengetepikan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dalam perbincangan dengan kepimpinan DAP.
Shahidan turut mempertikaikan kaedah pemilihan calon PKR di Kedah yang membelakangkan pandangan kepimpinan PKR negeri dan di peringkat cabang.
“Dr Wan Azizah hanya menurut kehendak Datuk Johari Abdul sebagai penasihat kepimpinan PKR dalam soal pemilihan calon di Kedah tanpa berunding terlebih dahulu dengan pemimpin negeri dan juga Ketua Cabang.”
Shahidan mendakwa ekoran daripada itu beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) parti itu telah ditutup sebagai membantah keputusan Dr Wan Azizah.
Adie Sufian Zulkefli
Mon May 07 2018
Dr Wan Azizah didesak supaya mendedahkan butiran perjanjian sulit dengan pemimpin DAP. -Gambar fail
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."
PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke
Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.
‘Pas lebih lama dengan DAP’ - Ahmad Maslan
"Kumpulan ini sebenarnya orang hipokrit tahap tinggi," kata Ahmad membidas segelintir penyokong pembangkang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: DAP sokong penuh siapa sahaja calon Kerajaan Perpaduan - Nga
DAP akan memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.