DAVOS: Ahli politik yang terbaik adalah mereka yang mempunyai peribadi yang ringkas, menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat QI, Datuk Seri Vijay Eswaran.

Katanya, mereka harus merasakan diri mereka sebenarnya bukan ‘orang besar’ sebaliknya memerlukan rakyat bekerja bersamanya untuk membantu menjayakan matlamat yang dituju.

“Kalau kita lihat ahli politik kita yang telah membawa kita bersama dan menjadikan Malaysia satu kenyataan adalah secara mereka yang secara asasnya datang dari latar belakang yang merendah diri.

“Hari ini ahli politik kita telah berubah ke tahap yang sangat rumit dan sofistikated,” katanya.

Selain kejujuran yang selalu menjadi resepi berkesan sebagai teras perjuangan, kata beliau, seseorang ahli politik harus juga harus tidak bermegah dan sedar diri bahawa mereka itu bukan siapa-siapa tanpa rakyat.

“Ahli politik kita (hari ini) mengikut falsafah yang berbeza, mereka rasa mereka tahu apa yang betul, namun apa yang betul dengan menjadi seseorang yang benar itu dua perkara yang berbeza.

“Sebenarnya kita semua menempuh hidup, membuat keputusan yang salah pada asasnya dan kemudian memperbaikinya sehingga dapat membuat keputusan yang betul. Ia satu proses,” ujarnya lagi.

Begitulah sepatutnya menjadi pegangan seorang pemimpin mahupun rakyat Malaysia secara amnya, yang tegas beliau tidak harus takut membuat kesilapan namun harus diperbaiki dalam memastikan kita dapat melangkah ke masa depan dengan lebih baik.

Tonton temu bual penuh beliau bersama hos Ashwad Ismail dalam program Agenda AWANI khas sempena Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022, di sini:

Agenda AWANI: Isu Domestik Dan Global, Di Mana Malaysia?