PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa nasib individu lain selain bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan turut ditentukan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), malam esok.
Jelasnya, ia merupakan sebahagian daripada langkah pembersihan besar-besaran di dalam parti itu seperti diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) yang lalu.
"Tunggulah apabila MKT bermesyuarat, untuk dia (Khairy) secara individu tidak penting," kata Ahmad Zahid.
"Saya kata dalam Perhimpunan Agung (UMNO) baru-baru ini, kita akan lakukan pembersihan secara besar-besaran, termasuk mereka yang mensabotaj parti dan calon parti pada pilihan raya umum lalu dan mungkin termasuk orang yang `menembak kaki sendiri' ketika pilihan raya diadakan," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian dalam siang media selepas Mesyuarat Penyelarasan bersama EXCO Luar Bandar (MEXCLUB), di sini, hari ini.
BACA: Khairy tolak pelawaan PN, masih setia bersama UMNO
BACA: UMNO tentukan nasib KJ pada Jumaat
BACA: Status Khairy dalam UMNO diketahui petang ini?
Beliau berkata demikian mengulas mengenai fokus mesyuarat MKT yang dijadual berlangsung di Menara UMNO jam 8 malam Jumaat.
Ketika diasak berapa jumlah individu yang terlibat, Ahmad Zahid enggan mengulas lanjut.
"Tak boleh saya beritahu awal. Kalau strategi dikongsi dengan wartawan, ia tidak lagi menjadi strategi.
"Saya perlu embargo maklumat itu sehingga waktunya," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid menjemput pihak media untuk hadir ke Menara UMNO bagi membuat liputan berhubung perkara itu.
"Sila datang beramai-ramai kalau hendak mengetahui senarai mereka yang terlibat," katanya.
Pada PAU2022 yang lalu, Ahmad Zahid dilapor memberi jaminan akan melakukan pembersihan menyeluruh supaya UMNO bersih daripada anasir baling batu sembunyi tangan.
Antara nama yang disebut terbabit dalam pembersihan itu adalah Khairy selepas Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan mengesahkan status keahlian bekas Menteri Kesihatan itu akan ditentukan dalam mesyuarat MKT.
Khairy sebelum ini mengkritik parti berhubung jawatan nombor satu dan dua yang diputuskan tidak dipertandingkan.
Beliau menyifatkan ia sebagai "kegilaan" dan cubaan untuk menyekat demokrasi.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Agensi
Thu Jan 26 2023

"Tunggulah apabila MKT bermesyuarat, untuk dia (Khairy) secara individu tidak penting," kata Ahmad Zahid. - Gambar fail

Kita suka menghukum tanpa mengenali orang lain - Muhammad Faisal
Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz perkara itu boleh diatasi dengan adanya program-program kunjungan dalam konteks agama dan kaum.

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Ahli sabotaj UMNO: Langkah 'pembersihan' besar-besaran esok - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa nasib individu lain selain bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin turut akan ditentukan dalam mesyuarat MKT esok.

COVID-19: Keberkesanan vaksin Pfizer petanda awal kejayaan perang lawan pandemik
Pembangunan vaksin COVID-19 yang menunjukkan keberkesanan 90 peratus dalam ujian fasa ketiga membawa harapan baharu di seluruh dunia.

Wanita perlu dilibatkan sepenuhnya dalam politik, pembuat dasar negara - Khairy
Golongan wanita perlu dilibatkan dalam politik dan peringkat membuat keputusan serta dasar negara sepenuhnya demi menjamin kestabilan sosial sekaligus menuju ke arah negara maju yang seimbang.

KJ setuju pemimpin lama perlu beri ruang kepada yang baharu
Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin turut bersetuju bahawa bekas pemimpin parti wajar memberi ruang kepada pengganti untuk menetapkan hala tuju parti.

'Sekiranya saya dipilih jadi Presiden UMNO ...' - Khairy
Calon Presiden UMNO dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar beriltizam bentuk pembangkang berwibawa berbanding pakatan.

Khairy akui Pakatan Harapan lebih baik berbanding BN
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui Pakatan Harapanvlebih baik berbanding Barisan Nasional kerana memberikan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang.

Velodrom Azizulhasni Awang bernilai RM12 juta
Velodrom berbasikal negeri Terengganu bernilai RM 12 juta yang akan dibina tidak lama lagi akan dinamakan sebagai Velodrom Azizul Hasni Awang.

'Syed Saddiq, jangan cuba manipulasi isu pecat kakitangan kerajaan' - Khairy
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diingatkan untuk tidak memanipulasi desakan Ketua Pemuda UMNO Perlis agar memecat kakitangan kerajaan yang berkongsi dan memuat naik fitnah terhadap pemimpin negara ini.

'Datang sekurang-kurangnya dua jam lebih awal sebelum acara pembukaan!' - KJ
Menteri Belia dan Sukan menyarankan kepada orang ramai yang telah membeli tiket untuk menyaksikan upacara pembukaan di Stadium Nasional Bukit Jalil supaya datang lebih awal.

Jangan paksa Chong Wei, Nicol terus beraksi - Khairy
Khairy Jamaluddin berkata apa yang penting, dua sukan berkenaan iaitu badminton dan skuasy perlu mempunyai pengganti mereka untuk terus mengharumkan nama negara.