awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy tolak pelawaan PN, masih setia bersama UMNO

Fareez Azman
Fareez Azman
26/01/2023
09:00 MYT
Khairy tolak pelawaan PN, masih setia bersama UMNO
Khairy Jamaluddin menegaskan masih setia bersama UMNO dan menolak pelawaan Pas untuk menyertai PN meskipun nasibnya dalam UMNO belum diketahui sehingga kini. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan masih setia bersama UMNO dan menolak pelawaan Pas untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) meskipun nasibnya dalam UMNO belum diketahui sehingga kini.
Khairy, yang merupakan Timbalan Ketua UMNO Rembau berkata, beliau berterima kasih atas pelawaan PN itu dan berpendirian mahu kekal dalam UMNO.
"Saya ucap terima kasih atas pelawaan Pas untuk sertai Perikatan Nasional (PN) tetapi saya masih setia sebagai ahli biasa UMNO," jelasnya seperti dilaporkan portal Berita Harian pada Khamis.
Sebelum ini, Naib Presiden Pas yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, PN dan Pas sedia menerima Khairy sekiranya bekas Menteri Kesihatan itu disingkirkan oleh UMNO.
BACA: UMNO tentukan nasib KJ pada Jumaat
Jelas Ahmad Samsuri, Khairy boleh memilih untuk menyertai mana-mana parti dalam komponen PN.
BACA: Status Khairy dalam UMNO diketahui petang ini?
Malah, Ahmad Samsuri berpendapat, bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu seorang pemimpin hebat, berfikiran terbuka serta mampu melaksanakan tugas dengan cemerlang.
UMNO dijangka mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada Jumaat bagi membincangkan tindakan ke atas Khairy berikutan dakwaan palsu mengenai kewujudan 'perwakilan import' dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#UMNO
#Perikatan Nasional
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan