awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
Ee Wei sasar musim 2026 lebih sihat, bebas kecederaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Bashah menangis di pusara ibu

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
04/02/2016
09:37 MYT
Ahmad Bashah menangis di pusara ibu
Ahmad Bashah (tengah) meluangkan masa selama 30 minit menziarahi pusara arwah ibunya, Allahyarham Che Liah Hassan sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah jawatan menteri besar di Istana Anak Bukit. -foto Bernama
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah terlalu sebak sehingga menitiskan air mata ketika menziarahi pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam Alor Merah, di sini pada Khamis.
Beliau meluangkan masa selama 30 minit menziarahi pusara arwah ibunya, Allahyarham Che Liah Hassan sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah jawatan menteri besar di Istana Anak Bukit.
Allahyarham meninggal dunia pada Jun 2013.
Turut bersama menziarahi pusara ialah isteri menteri besar, Datin Seri Hizam Awang Ahmad dan anak-anak mereka.
Majlis tahlil ringkas diadakan di hadapan pusara arwah Che Liah dan ketika bacaan doa, Ahmad Bashah kelihatan terlalu sebak dan tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis dan dihulurkan sapu tangan.
Beliau kemudian menabur bunga dan menyiram air mawar di pusara ibunya sebelum beredar.
Topic Berkaitan
#Ahmad Bashah menangis
#Che Liah Hassan
#Tanah Perkuburan Islam Alor Merah
#ziarah pusara ibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan