awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan kurnia masjid baharu di Batu Muda
PBB kesal keputusan AS tarik diri daripada organisasi antarabangsa
Kastam catat kutipan hasil RM76.18 bil pada 2025, lepasi dua kali unjuran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Samsuri bakal Pengerusi PN?

Sinar Harian
Sinar Harian
08/01/2026
05:10 MYT
Ahmad Samsuri bakal Pengerusi PN?
Ahmad Samsuri. - Gambar fail/BERNAMA
PASIR MAS: Naib Presiden Pas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mungkin dicalonkan sebagai bakal Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melepaskan jawatan tersebut pada 1 Januari lalu.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mungkin dicalonkan sebagai bakal Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melepaskan jawatan tersebut pada 1 Januari lalu.
  • Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyatakan bahawa dalam perlembagaan tidak memerlukan ketua parti menjadi Pengerusi PN, menyebabkan spekulasi mengenai calon baru tersebut.
  • Spekulasi ini semakin menguat apabila foto pertemuan antara Muhyiddin dan Ahmad Samsuri dimuat naik, menimbulkan tanda tanya mengenai jawatan Pengerusi PN yang masih dalam proses perbincangan.

Tekaan berkenaan hampir menjadi kenyataan apabila Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari berkata, dalam perlembagaan tidak menyatakan ketua parti perlu jadi Pengerusi PN.
Menurut beliau, yang ada adalah Timbalan Pengerusi PN itu dilantik daripada ketua-ketua parti.
"Dalam perlembagaan tidak ada, cuma barangkali konvensyennya difahami begitu dan benda itu tidak ada masalah, di mana ia amalan masing-masing sahaja.
"Tidak menjadi satu keperluan seorang ketua parti menjadi pengerusi PN. Jadi saya rasa perkara itu masih lagi di peringkat perbincangan.
"Saya harap ia dapat diselesaikan mengikut cara perlembagaan. Insya-ALLAH kita yakin semua sedang melihat perkembangan yang sedang berlaku dalam PN ketika ini," katanya semasa sidang akhbar hari ini.
Sebelum itu beliau merasmikan Mydin Mart di sini dan hadir sama ialah Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin.
Ujar Ahmad Fadhli, ia menandakan bahawa PN ini satu kuasa yang senang digeruni kebangkitannya.
Beliau memberitahu, sama ada Menteri Besar Terengganu bakal Pengerusi PN, itu belum diketahui lagi tetapi Pas akan menghantar nama.
Media tempatan pada Selasa melaporkan foto pertemuan Muhyiddin bersama Ahmad Samsuri yang disertakan dengan status 'Alhamdulillah, insya-ALLAH' menguatkan lagi spekulasi mengaitkan Menteri Besar Terengganu itu antara calon tersenarai bagi jawatan Pengerusi PN.
Foto terbabit dimuat naik Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman menerusi Facebook.
Bagaimanapun menurut Mohd Syahir pertemuan antara Muhyiddin dan Ahmad Samsuri dibuat atas mandat diberikan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ahmad Fadhli Shaari
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#Pengerusi PN
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan