Desas-desus calon Pengerusi PN: "Nothing to say" - Ahmad Samsuri tutup mulut

Ahmad Samsuri enggan memberikan sebarang ulasan ketika ditanya mengenai spekulasi pencalonan beliau sebagai pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN). - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar enggan memberikan sebarang ulasan ketika ditanya mengenai spekulasi pencalonan beliau sebagai pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN).
Ringkasan AI
- Ahmad Samsuri enggan memberikan sebarang ulasan mengenai spekulasi pencalonannya sebagai Pengerusi PN.
- Beliau turut menegaskan tidak akan hadir dalam mesyuarat bersama parti komponen PN yang menetapkan calon pengerusi baharu.
- Jawatan Pengerusi PN akan dipilih daripada kalangan kepimpinan Pas, susulan pelepasan Muhyiddin Yassin dari jawatan berkenaan.
Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menolak tawaran untuk memegang jawatan Pengerusi PN, sebaliknya mencadangkan Ahmad Samsuri sebagai calon lebih sesuai bagi menerajui gabungan tersebut.
Ahmad Samsuri turut mengesahkan tidak akan menghadiri mesyuarat bersama parti komponen PN yang dijadualkan berlangsung minggu depan bagi membincangkan serta memuktamadkan calon pengerusi baharu gabungan itu.
"Tidak (hadir mesyuarat). Saya bukan ahli mesyuarat. Saya telah letak jawatan Bendahari PN lebih setahun lalu. Terima kasih," ujarnya menoktahkan bicara.
Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan satu mesyuarat akan diadakan bersama Parti Bersatu bagi menentukan calon Pengerusi PN.
Ahli Parlimen Marang itu turut menegaskan jawatan Pengerusi baharu PN akan dipilih daripada kalangan kepimpinan Pas.
Untuk rekod, Muhyiddin Yassin secara rasmi melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari 2026, susulan krisis politik yang melanda Perlis.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah respons Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar apabila ditanya mengenai spekulasi pencalonan beliau sebagai pengerusi baharu Perikatan Nasional? A: Ahmad Samsuri enggan memberikan sebarang ulasan atau komen ketika ditanya mengenai spekulasi pencalonan beliau sebagai pengerusi baharu Perikatan Nasional.
- Q: Siapakah yang mencadangkan Ahmad Samsuri sebagai calon pengerusi PN? A: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menolak tawaran untuk jawatan Pengerusi PN dan mencadangkan Ahmad Samsuri sebagai calon lebih sesuai bagi menerajui gabungan tersebut.
- Q: Siapakah yang akan menentukan calon pengerusi PN menggantikan Muhyiddin Yassin? A: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dan Parti Bersatu akan bersama-sama menentukan calon Pengerusi PN, dengan penegasan bahawa jawatan itu akan dipilih daripada kalangan kepimpinan Pas.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

