awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BNM kekalkan OPR pada 2.75 peratus
Ketua PBB beri amaran tindakan gugat undang-undang antarabangsa
Malaysia Airports perkukuh akses China ke KLIA, Tawau sokong Tahun Melawat Malaysia 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Samsuri menghadap Sultan Terengganu esok, mohon bubar DUN

Bernama
Bernama
26/06/2023
06:46 MYT
Ahmad Samsuri menghadap Sultan Terengganu esok, mohon bubar DUN
ADUN Rhu Rendang itu, beliau akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran DUN kepada baginda di Istana Syarqiyyah di sini pada 9 pagi. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar akan menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin esok, untuk mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu, beliau akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran DUN kepada baginda di Istana Syarqiyyah di sini pada 9 pagi.
Ditanya mengenai tarikh yang dicadangkan, beliau berkata perkara itu akan diumumkan selepas selesai beliau menghadap Tuanku Sultan.
"Esok saya akan menghadap Tuanku pada sebelah pagi, sudah dapat perkenan untuk menghadap .... Sebaik saya sembah maklum Tuanku (baru umum tarikh) .... Lebih cantik saya maklumkan Tuanku dulu, InsyaAllah lepas itu buat kenyataan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Ahmad Samsuri turut memberitahu tempoh mandat DUN Terengganu akan berakhir pada 30 Jun ini.
DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi yang menyaksikan 22 kerusi dikuasai PAS selepas Pilihan Raya Umum ke-14, manakala selebihnya milik Barisan Nasional (BN).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#PRN Terengganu
#ADUN Rhu Rendang
#Sultan Mizan Zainal Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan