awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid boleh dihukum jika jalin kerjasama dengan PKR-DAP - Abd. Rahman

Astro Awani
Astro Awani
21/03/2021
05:00 MYT
Ahmad Zahid boleh dihukum jika jalin kerjasama dengan PKR-DAP - Abd. Rahman
Abd Rahman berkata, tindakan disiplin perlu diambil tidak kira apa juga peringkat jawatan tertinggi atau di peringkat kepimpinan bahagian, jangan kenakan setakat di bawah sahaja. - twitter@abdrahmanSB
KUALA LUMPUR: Sesiapa sahaja termasuk Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh dihukum jika terbukti menjalinkan kerjasama dengan PKR dan DAP.
Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Abd Rahman Bakri berkata, ia selaras ketetapan Presiden UMNO serta MT sendiri yang tidak akan melanggar dasar parti 'No DAP, No Anwar'.
Jelasnya, jalinan kerjasama itu termasuk juga dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
"Kita beranggapan Ismail Sabri mewakili MT termasuk Presiden, Timbalan, Naib Presiden. Kalau dia bercakap atas dasar MT, siapa yang bekerjasama dengan PKR, DAP dan kita juga hendak berlaku adil bahawa MT juta telah memutuskan kita tidak bekerjasama dengan Bersatu.
"Kalau hendak ambil tindakan, mana-mana pemimpin yang hendak bekerjasama dengan PKR, DAP dan kena tambah Bersatu, sebab Bersatu juga MT sudah putuskan tidak akan bekerjasama.
"Tindakan disiplin tidak kira apa juga peringkat jawatan tertinggi atau di peringkat kepimpinan bahagian, jangan kenakan setakat di bawah sahaja," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
BACA: PAU pentas terbaik Zahid Hamidi terangkan 'kerjasama UMNO dengan DAP, PH' - Aziz
BACA: Tindakan disiplin dikenakan jika ada pemimpin UMNO kerjasama dengan PKR, DAP
Pada Sabtu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, tindakan disiplin akan dikenakan sekiranya terdapat ahli dan pemimpin UMNO yang didapati menjalinkan kerjasama dengan PKR dan DAP.
Katanya, pihak pimpinan tertinggi parti telah membuat keputusan tidak akan bekerjasama dengan parti-parti itu selain tidak pernah berganjak dengan keputusan yang telah diputuskan.
Pemangku Ketua UMNO Bahagian Jeli, Datuk Aziz Derashid sebelum ini menegaskan, Ahmad Zahid perlu menerangkan kepada akar umbi mengenai dakwaan isu kerjasama dengan DAP-PH semasa ucapan presiden parti pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) hujung bulan ini.
Ujarnya, ia sekali gus akan merungkai pelbagai spekulasi yang tersebar di media sosial mengenai isu berkenaan.
Sebelum ini media melaporkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR tidak menolak kemungkinan menjalinkan kerjasama dengan UMNO, walaupun perbincangan mengenainya masih belum dilakukan secara formal.
Anwar dilaporkan berkata, kerjasama itu disokong beberapa pemimpin dan Ahli Parlimen daripada UMNO serta ia akan menjadi kenyataan jika parti terbabit tekad memutuskan hubungan Bersatu.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Zahid Hamidi
#UMNO
#PKR
#DAP
#Bersatu
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan