awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akar umbi UMNO kurang senang Bersatu sertai Muafakat Nasional - Tok Mat

Astro Awani
Astro Awani
18/08/2020
11:05 MYT
Akar umbi UMNO kurang senang Bersatu sertai Muafakat Nasional - Tok Mat
Mohamad berkata pandangan semua pihak perlu diambil kira memandangkan isu berkenaan adalah satu keputusan besar buat parti itu. -Gambar fail
Hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyertai Muafakat Nasional (MN) mendapat maklum balas kurang baik daripada ahli UMNO peringkat akar umbi, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliu berkata, berikutan itu isu berkenaan akan dibincangkan dengan teliti dalam mesyuarat Biro Politik UMNO secepat mungkin sebelum dibawa ke peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
Katanya, pandangan semua pihak perlu diambil kira memandangkan isu berkenaan adalah satu keputusan besar buat parti itu.
"Nampaknya tak berapa baiklah (isu Bersatu mahu sertai MN) rata-rata (pandangan akar umbi) tidak berapa baik jadi saya akan bawa perkara ini secepat mungkin dalam Biro Politik UMNO dan akan dibawa dalam Majlis Tertinggi (MKT) UMNO.
"Kalau dalam Majlis Tertinggi (MKT), ia (akan menjadi) keputusan parti jadi biarlah parti buat keputusan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Merdeka@komuniti Peringkat Seremban di Rantau hari ini.
BACA: Penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional dimuktamad dalam masa terdekat
BACA: Muafakat Nasional masih tunggu jawapan rasmi Bersatu - Zahid
BACA: Gabungan Pas, UMNO, Bersatu wujudkan gagasan 'Melayu Raya' - Pas
Sabtu lalu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Majlis Tertinggi parti itu bersetuju untuk menyertai MN yang mendukung Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan besar atau 'the grand coalition'.
Topic Berkaitan
#akar umbi
#Bersatu
#majlis tertinggi
#Malaysia
#mkt
#Mohamad Hasan
#Muafakat Nasional
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan