Skip to main content

Bisnes

Musk ramal AI tingkatkan ekonomi global 20-30 peratus

SpaceX chief executive Elon Musk speaks via video conference to delegates at the G20 Innovation Ministerial summit, in Chapel Hill, North Carolina, U.S., September 1, 2026. REUTERS/Jonathan Drake TPX IMAGES OF THE DAY
Musk bercakap menerusi pautan video pada sidang kemuncak Menteri Inovasi G20 di Chapel Hill, North Carolina, AS, 1 Sept, 2026. REUTERS
Advertisement

MOSCOW: Usahawan Amerika Syarikat (AS) Elon Musk meramalkan ekonomi global boleh berkembang sehingga 30 peratus hasil penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Saya fikir AI mungkin akan meningkatkan ekonomi global sebanyak 20 hingga 30 peratus. Itu anggaran kasar saya, bermakna sekitar US$20 trilion hingga US$30 trilion setahun,” kata Musk menerusi pautan video pada mesyuarat menteri kewangan Kumpulan 20 (G20) pada Selasa.

Pertumbuhan itu dapat dicapai menerusi peningkatan ketara dalam produktiviti yang didorong oleh teknologi AI.

"AI sudah sangat berkeupayaan dalam bidang perisian dan kini semakin mencapai tahap yang keupayaannya bukan hanya terhad kepada perisian," kata Musk.

AI akan mengatasi keupayaan manusia dalam bidang berkenaan dalam tempoh kira-kira satu setengah tahun, kata Musk.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

Must Watch Video

Advertisement