awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki maut kereta dinaiki dihanyutkan arus di Tawau
Ekonomi Malaysia diunjur tumbuh 4.3 peratus pada 2026 - Affin Bank
Sembilan warga asing direman kes penipuan kerja sambilan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akmal Saleh beri bayangan undur diri: Zahid tegur Pemuda supaya terima kritikan

Asyraf Malik
Asyraf Malik
08/01/2026
05:30 MYT
Akmal Saleh beri bayangan undur diri: Zahid tegur Pemuda supaya terima kritikan
Ahmad Zahid berkata, idealisme Pemuda UMNO perlu terus diperjuangkan walaupun cadangan atau saranan tidak diterima sepenuhnya. - Gambar fail
PUCHONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan perselisihan pandangan dan kritikan dalam parti merupakan sebahagian daripada realiti perjuangan politik.

Ringkasan AI
  • Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan perselisihan pandangan dalam parti adalah sebahagian daripada realiti politik, merangsang perbincangan berkenaan idealisme yang berbeza di kalangan pemimpin parti.
  • Zahid menyeru agar pemimpin muda terus perjuangkan idealisme walaupun berlainan pendapat, menegaskan bahawa penjelasan lebih penting daripada tindakan yang tidak wajar dalam menangani ketidaksetujuan.
  • Pengunduran Dr. Akmal Saleh tidak terlintas dalam pemikiran Zahid, menunjukkan harapan terhadap sumbangan pemimpin muda dalam parti serta menegaskan tiada keputusan rasmi menghidupkan semula Muafakat Nasional.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memberi bayangan kemungkinan meletak jawatan, menerusi satu hantaran di laman Facebook pada Rabu.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya sendiri pernah menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO, ini lumrahnya iaitu ada idealisme yang berlainan.
“Namun jika berlaku perbezaan pandangan dan menerima komen, kita harus terima itu sebagai meraikan perbezaan pendapat atau Adab al-Ikhtilaf.
“Kalau selama ini kita kerap memberikan komen dan kritik orang, jadi apabila orang kritik kita pula, kita kena terima.
“Jangan pula labelkan orang itu tidak demokratik atau tidak menerima hakikat, tidak wajar ambil jalan singkat, ini perjuangan politik,” jelas Ahmad Zahid.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 kepada Warga Agensi Pengurusan Bencana (NADMA), di sini pada Khamis.
Tambah Ahmad Zahid, idealisme Pemuda UMNO perlu terus diperjuangkan walaupun cadangan atau saranan tidak diterima sepenuhnya, memetik contoh karier politik beliau sendiri.
“Dalam politik ini, tidak semua orang bersetuju dengan kita. Tangani dan santuni ketidaksetujuan itu dengan penjelasan, bukan menerusi tindakan tidak sepatutnya.
“Saya cakap ini bukan sahaja kepada beliau (Akmal Saleh), saya merujuk secara umum kepada semua pemimpin sayap Pemuda dalam mana-mana parti politik yang mempunyai idealisme.
“Saya sendiri pernah terlanggar gunung, terpijak kulit pisang dan tersungkur, tetapi ia tidak menyebabkan saya terjatuh selama-lamanya, kita boleh bangun,” kata Ahmad Zahid.
Ujarnya lagi, pengunduran Dr Akmal Saleh belum terlintas sama sekali dalam fikirannya, memberikan gambaran kepimpinan tinggi UMNO masih mengharapkan peranan dan sumbangan berterusan ketua sayap Pemuda itu.
Sebelum ini, Ahmad Zahid menegaskan enggan mengulangi kesilapan lalu sebagai reaksi kepada saranan Pemuda UMNO untuk menghidupkan kembali Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas.
Katanya, perkara tersebut masih berada di peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan lagi.
Terdahulu, Akmal Saleh berpandangan Perikatan Nasional wajar dibubarkan dan Muafakat Nasional dihidupkan semula susulan kemelut politik di Perlis, ia bagi mengangkat agenda penyatuan Melayu serta Islam.
Topic Berkaitan
#Akmal Saleh
#Ahmad Zahid Hamidi
#undur diri
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan