PADA 3 Jun 2020, Sultan Johor, Sultan Ibrahim telah memberi amaran kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Johor) bahawa baginda akan membubarkan DUN sekiranya perebutan kuasa masih berlaku di Johor.
Baginda juga memberi mandat kepada rakyat untuk memilih wakil rakyat negeri itu melalui pilihan raya sekiranya DUN telah dibubarkan.
Perkara ini timbul susulan daripada percaturan politik antara Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) di Johor. Situasi ini telah mencipta ketidakstabilan politik di peringkat persekutuan dan negeri ketika rakyat sedang berhadapan pandemik Covid-19.
Meskipun kerajaan PN telah mengambil alih Putrajaya dan beberapa kerajaan negeri, namun kedudukan mereka masih tidak kukuh kerana perbezaan jumlah kerusi yang kecil dengan PH. Sekiranya kedudukan PN tergugat, maka ada kebarangkalian pilihan raya akan berlaku.
Ada pihak yang melihat kepentingan Akta atau Rang Undang-undang (RUU) Anti-Lompat Parti bagi mengelakkan wakil rakyat beralih sokongan kepada parti atau blok lain. Tujuannya adalah untuk mengekalkan kestabilan politik negara. Ini bukanlah satu cadangan baharu dalam politik Malaysia.
Pasca PilIhan Raya Umum ke-14 (PRU14) menyaksikan parti politik seperti UMNO dan Pas mendesak agar undang-undang ini diluluskan segera oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas terdapat kemungkinan wakil rakyat mereka akan ‘melompat’ menyokong parti pemerintah.
Kerajaan PH telah membuat keputusan untuk tidak menggubal undang-unadang mengharamkan lompat parti kerana ia bercanggah dengan Perkara 10(1)(c) perlembagaan persekutuan yang memberi hak kepada rakyat untuk berpersatuan. Tetapi. kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saiffudin Abdullah yang mahu menggubal undang-undang anti-lompat parti ini memberi gambaran kerajaan PN akan melaksanakannya.
Pakar perlembagaan, Profesor Shad Saleem Faruqi turut memberi cadangan agar meminda perkara 48 dan perenggan keenam Jadual Kelapan perlembagaan persekutuan untuk melaksanakan larangan wakil rakyat di parlimen dan DUN melompat parti. Tentunya, pindaan ini memerlukan majoriti dua pertiga di parlimen.
Perkara 10(2)(c) perlembagaan persekutuan memperuntukkan parlimen menggubal RUU untuk meletakkan syarat atau limitasi dalam hak berpersatuan dan anti-lompat parti. Kaedah ini hanya memerlukan majoriti mudah di parlimen.
Hakikatnya, perbincangan mengenai RUU anti-lompat parti di Malaysia sudah tepu dan hujah yang diberikan masih berlandaskan retorik politik. Masalah utama dalam membawa RUU ini ialah tiada kesanggupan politik dalam kalangan ahli politik itu sendiri.
Di Malaysia, perancangan untuk menetapkan tarikh pilihan raya merupakan sebahagian Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023 bagi mereformasi institusi perundangan dan pilihan raya Malaysia. Ia memperuntukan kerajaan persekutuan untuk menetapkan tarikh pilihan raya. Ia sebahagian komitmen kerajaan PH dalam mereformasi institusi politik Malaysia berdasarkan Buku Harapan.
Sekiranya pembubaran parlimen berlaku sebelum tarikh yang ditetapkan, ia hanya boleh dilaksanakan sekiranya mendapat kelulusan daripada parlimen sendiri. Ia juga merupakan usaha meningkatkan akauntabiliti, integriti dan kestabilan politik dalam tadbir urus negara.
Kita boleh merujuk negara demokrasi berparlimen seperti parlimen United Kingdom yang telah menetapkan tarikh pilihan raya. Pada tahun 2011, parlimen UK telah meluluskan Fixed-Term Parliaments Act (FTPA) 2011. FPTA menetapkan tarikh pilihan raya seterusnya dalam tempoh satu penggal atau lima tahun.
Contohnya, sekiranya pilihan raya telah berlaku pada 9 Mei 2018, maka pilihan raya berikutnya ditetapkan pada 9 Mei 2023.
Cadangan FPTA ini berdasarkan rundingan gabungan parti Konservatif dan Liberal Demokrat UK yang mempunyai majoriti kecil pada tahun 2010 dan mahu mengelak berlakunya pembubaran parlimen atau pilihan raya lebih awal sekiranya mendapat undi tidak percaya daripada parlimen.
Akta ini bertujuan untuk memberi laluan kepada kerajaan untuk mentadbir negara dalam tempoh satu penggal penuh dan mengurangkan risiko ketidakstabilan kerajaan. FPTA memberikan satu tatacara demokratik dalam menguruskan kestabilan politik negara sekiranya berlaku undi tidak percaya kepada perdana menteri yang akan membawa kepada pembubaran parlimen dan pilihan raya lebih awal.
Sekiranya perdana menteri mahukan pilihan raya awal, usul tersebut perlu mendapatkan kelulusan sekurang-kurangan majoriti dua pertiga daripada ahli parlimen. Jika berlaku undi tidak percaya kepada perdana menteri dan dalam tempoh 14 hari tiada kerajaan baharu dapat dibentuk, maka pilihan raya umum akan diadakan.
Akta ini menjadi semak dan imbang kepada kuasa perdana menteri yang begitu berpengaruh dalam membubarkan parlimen dan menentukan tarikh pilihan raya berdasarkan percaturan politik yang menguntungkan pihaknya. Kaedah lama ini tidak telus dan boleh memberi kesan kepada ekonomi dan pelaksanaan dasar kerajaan.
Kuasa untuk membubarkan parlimen merupakan satu alat yang begitu berisiko apabila kuasanya terletak di tangan perdana menteri. Cadangan ini adalah untuk memastikan kuasa membubarkan parlimen tidak disalahgunakan dengan meletakkan tatacara yang telus dan terbuka.
Secara dasarnya, Malaysia memerlukan RUU seperti FTPA bagi memastikan kerajaan berasaskan madat rakyat dapat meneruskan pentadbiran satu penggal penuh. Perbahasan mengenai cadangan ini perlu diperluaskan segera. Ia juga dapat mengelakkan percaturan politik yang tidak bermoral sehingga membelakangkan mandat rakyat. Apa yang lebih penting, RUU ini memberi tatacara peralihan kuasa kerajaan yang lebih teratur, telus dan terbuka.
Namun, sehingga hari ini, tiada sebarang kemajuan yang telah ditunjukkan untuk menggubal dasar ini, termasuk RUU anti-lompat parti. Sekiranya perkara ini tidak disegerakan untuk dipertimbangkan oleh kerajaan dan parlimen, maka ia memberi satu kerugian buat negara dalam memperbaharui proses peralihan kuasa dan pilihan raya yang lebih telus dan demokratik.
* Fakhrurrazi Rashid ialah Koordinator Program Research For Social Advancement (REFSA).
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Fakhrurrazi Rashid
Mon Jun 29 2020
Di Malaysia, perancangan untuk menetapkan tarikh pilihan raya merupakan sebahagian Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023 bagi mereformasi institusi perundangan dan pilihan raya Malaysia. - Gambar fail
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.