awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta Parlimen Berpenggal Tetap: Kerajaan perlu mulakan segera rundingan

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2024
06:30 MYT
Akta Parlimen Berpenggal Tetap: Kerajaan perlu mulakan segera rundingan
Menerusi akta ini, kerajaan dikatakan tidak terganggu oleh gerakan politik dan boleh merancang kerja untuk empat tahun akan datang. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Projek Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Sama) menggesa kerajaan memulakan rundingan awam berkenaan Rang Undang-Undang (RU) Parlimen Berpenggal Tetap secepat mungkin supaya ia boleh dibentang dan diluluskan dalam sidang Parlimen Mac nanti.
Menerusi satu kenyataan, Projek Sama berkata ini boleh menghentikan sebarang cubaan menggulingkan kerajaan yang sedang bersidang dengan mengumpul akuan berkanun (SD) daripada Ahli-ahli Parlimen.
Malah katanya, Perdana Menteri juga tidak boleh bertindak membubarkan Parlimen sebelum penggal penuh, melainkan beliau telah kehilangan kuasa.
"Akta ini akan mengekang kuasa Perdana Menteri dalam mendapatkan perkenan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) bagi pembubaran Parlimen awal tetapi membiarkan kuasa Yang di-Pertuan Agong tidak disentuh di bawah Perkara 40(2)(b) dan 43(4) Perlembagaan Persekutuan untuk menahan perkenan baginda.
"YDPA masih boleh menolak sebarang permintaan untuk pembubaran awal manakala perdana menteri perlu berkongsi kuasa untuk membuat permintaan sedemikian dengan ahli parlimen. Ini secara tidak langsung menjadikan pilihan raya awal lebih sukar," kenyataan itu menyebut.
Projek Sama juga mencadangkan akta ini mentakrifkan dan mengehadkan "hilang keyakinan" kepada tiga keadaan iaitu lulusnya usul undi tidak percaya, kekalahan usul keyakinan atau kekalahan bajet (bil bekalan) dalam bacaan kedua atau ketiga.
Dengan Akta Parlimen Berpenggal Tetap, kerajaan tidak akan terganggu oleh gerakan politik dan boleh merancang kerja untuk empat tahun akan datang.
Mengikut perkiraan, Parlimen ke-15 akan dibubarkan secara automatik pada 18 Disember 2027, dan Pilihan Raya Umum ke-16 dijangka berlangsung sekitar Februari 2028.
Topic Berkaitan
#Akta Parlimen Berpenggal Tetap
#Sidang Parlimen
#projek SAMA
#guling kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan