awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amanah mungkin terdedah kepada konflik dalaman - Mohamad Sabu

Sinar Harian
Sinar Harian
23/12/2023
04:20 MYT
Amanah mungkin terdedah kepada konflik dalaman - Mohamad Sabu
Mohamad berkata masalah itu boleh berlaku apabila ada pemimpin dan ahli yang kehilangan kompas moral. - Gambar/ Sinar Harian
KLANG: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu mengakui parti itu mungkin terdedah kepada konflik dalaman dan keberantakan sekiranya wujud perjuangan untuk kepentingan diri atau kelompok tertentu.
Menurut Ahli Parlimen Kota Raja itu, masalah itu boleh berlaku apabila ada pemimpin dan ahli yang kehilangan kompas moral khususnya dalam mendepani pemilihan parti kali ini.
“Saya mahu semua perwakilan dan ahli akar umbi parti tahu dan sedar. Bersainglah secara sihat, terbuka, telus dan demokratik ‘Fastabiqul Khairat'.
“Saya (juga) mahukan semua peringkat parti, samada di peringkat Nasional, Negeri, sayap Wanita Amanah (AWAN), Pemuda, Wanita Muda Aamanah (Warda), kawasan sampai ke cawangan supaya merapatkan saf sejurus selepas pemilihan parti ini selesai,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional Amanah 2023 di salah sebuah hotel di sini pada Sabtu.
Tambahnya, semua pimpinan di setiap peringkat juga digesa supaya meletakkan keazaman untuk sentiasa bersatu demi kelangsungan parti.
“Sebenarnya kekuatan hakiki Amanah bukan sahaja terletak kepada pendekatan strategi politik atau organisasinya. Parti ini juga tidak meletakkan pergantungan kekuatan partinya kepada karisma serta aura seseorang pemimpin.
“Sebaliknya, teras kepemimpinan parti Amanah ini ialah kepada keserasian collective leadership yang padu,” katanya.
jarnya, setiap pemimpin memainkan peranan yang agak unik dan istimewa dalam kepimpinan parti. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Amanah
#Krisis dalaman
#Mohamad Sabu
#pemilihan parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan