awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amanah sedia pilih Orang Asli di Kelantan jadi calon pilihan raya

Astro Awani
Astro Awani
10/12/2016
06:34 MYT
Amanah sedia pilih Orang Asli di Kelantan jadi calon pilihan raya
Parti Amanah Megara (Amanah) sedia memberi laluan kepada Orang Asli di Kelantan untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata terdapat dikalangan Orang Asli yang berpotensi untuk bertanding dalam PRU14 menentang Barisan Nasional (BN).
"Amanah menyokong untuk Orang Asal menjadi calon pilihan raya.
“Di Kelantan ramai Orang Asal dan ada yang berpotensi yang kita tidak ketengahkan selama ini,” katanya ketika menyampaikan Pidato Presiden di majlis perasmian konvensyen Amanah di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.
Dalam pidatonya juga, Mohamad menegaskan Amanah bimbang gejala melampau yang mengkafirkan orang lain merebak ke negara ini.
"Apa yang lebih dibimbangi juga ialah merebaknya pemikiran takfiri yang melanda sebahagian dunia Islam yang tempiasnya sampai ke negara kita.
"Golongan ini dengan mudah mengaitkan perbezaan feqah politik dengan persoalan aqidah sehingga menghukum pihak yang tidak sependapat dengan mereka sebagai sesat, munafiq, musuh Islam, dan seumpamanya," ujarnya dalam Konvensyen Nasional Amanah di Shah Alam pagi ini.
Sehubungan itu, beliau menegaskan Amanah bersedia menjadi benteng yang akan menghalang sebarang bentuk kebencian kaum atau agama dari terus dijadikan agenda politik di kalangan rakyat.
"Amanah menegaskan bahawa politik di Malaysia mestilah menolak sebarang bentuk unsur pelampau dan keganasan, sama ada atas nama kaum, mahupun agama," ujarnya.
Beliau berkata, negara yang diimpikan adalah negara melaksanakan pemerintahan yang berteraskan tadbir urus yang baik, selari dengan tuntutan prinsip amanah, keadilan, kesaksamaan dan ketelusan.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Mohamad Sabu
#Orang Asli
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan