awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amanah yakin tawan Kelantan dan Terengganu

Astro Awani
Astro Awani
11/12/2016
23:22 MYT
Amanah yakin tawan Kelantan dan Terengganu
Mohamad Sabu yakin Amanah dapat menawan dua kubu kuat PAS pada pilihan raya umum akan datang. - Gambar fail
Parti Amanah Negara (Amanah) yakin dapat merampas Kelantan dan Terengganu pada pilihan raya umum akan datang, lapor Malaysiakini.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata pengundi di Kelantan mempunyai minda bebas dan apabila mereka mmebuat keputusan untuk menukar undi, perkara itu akan dilakukan secara beramai-ramai.
"Kalau Amanah tak bertanding, UMNO akan lawan parti lama (PAS), Barisan Nasional (BN) ada harapan cerah menang di Kelantan. Tapi bila Amanah bertanding, maka Amanah lah pilihan rakyat.
"Tambah pulak Datuk Husam dok rodak tiap-tiap malam, out you go la mereka yang gelar kita dengan berbagai nama," katanya ketika menyampaikan ucapan pergulungan di Konvensyen Amanah Kebangsaan pertama di Shah Alam pada Ahad.
Selain Kelantan, Mohamad berkata Amanah yakin dapat menawan Terengganu kerana pengundi di negeri itu akan turut meninggalkan PAS kerana parti itu terlalu rapat dengan BN.
"Terengganu lah paling subur untuk Amanah," katanya.
Mohamad juga berkata bersama-sama dengan Pakatan Harapan, parti itu akan menetapkan tempat mereka di Johor dalam pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu Mohamad dalam ucapan penutup beliau, juga berkata PAS tidak harus cuba untuk meletakkan dirinya sebagai 'kingmaker' dalam pilihan raya.
"Kingmaker ni target dia menang 20 kerusi.
"Kalau mereka bersama dengan Pakatan Harapan, HARAPAN memerintah, kalau bersama BN, BN memerintah. Orang yang jual diri macam ni biasanya orang panggil apa, ha, dot dot dot dot.
"Saya bukan Donald Trump nak sebut perkataan begitu," katanya merujuk presiden Amerika Syarikat yang gemar mengeluarkan perkataan kesat.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Kelantan
#Pakatan Harapan
#PAS
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan