awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilaian asas tahun empat sokong reformasi pendidikan berasaskan data
[TERKINI] Isteri bekas PTD Salwani didakwa terima RM5,000 hasil aktiviti haram
Ringgit dibuka hampir pada paras tertinggi lebih tujuh tahun didorong OPR dikekalkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aminuddin jamin suara pembangkang tidak diketepikan demi rakyat

Israr Khalid
Israr Khalid
12/05/2018
09:18 MYT
Aminuddin jamin suara pembangkang tidak diketepikan demi rakyat
Aminuddin Harun memberi jaminan bahawa suara pembangkang akan sama didengari dan diambil perhatian di Dewan Undangan Negeri (DUN). - Foto Bernama
Menteri Besar Negeri Sembilan ke-8, Aminuddin Harun memberi jaminan bahawa suara pembangkang akan sama didengari dan diambil perhatian di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ini kerana kerajaan negeri baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) berazam untuk mentadbir negeri itu berteraskan rakyat, tidak kira suara mereka dibawakan oleh wakil daripada wakil pembangkang.
Sepanjang dua penggal menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Aminuddin berkata, suara dan pandangan selaku pembangkang ketika itu sering tidak diambil perhatian kerajaan negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN).
“Saya dah rasakannya selama dua penggal, cukup memeritkan.
“Saya tak nak kawan pembangkang kita hari ini merasai benda sama, kita sama-sama bekerja untuk rakyat,” tegasnya dalam sidang media pertama selaku Menteri Besar di Seri Menanti hari ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun (tengah) melambaikan tangan selepas Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti hari ini. - Foto Bernama
Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun (tengah) melambaikan tangan selepas Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti hari ini. - Foto Bernama
Terdahulu, beliau mengangkat sumpah taat setia jawatan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam istiadat yang berlangsung di Istana Besar Seri Menanti.
Selain itu, Aminuddin turut mengiktiraf dan berterima kasih dengan pencapaian cemerlang pentadbiran kerajaan negeri terdahulu yang dipimpin Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang banyak membangunkan negeri itu.
“Polisi permit perniagaan percuma, projek-projek yang berjalan di negeri ini, semuanya kita akan lihat semula.
“Mana yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan negeri, kita akan teruskan malah ditambah baik,” tegasnya.
PH melakar sejarah apabila buat kali pertama membentuk kerajaan negeri apabila menang 20 daripada 36 kerusi DUN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Aminuddin yang merupakan Pengerusi PH Negeri Sembilan diangkat sebagai pemimpin kerajaan negeri selepas dipersetujui komponen pakatan negeri itu dan diperkenan oleh Tuanku Muhriz.
Topic Berkaitan
#Aminuddin Harun
#angkat sumpah
#Menteri Besar
#Negeri Sembilan
#Pakatan Harapan
#Pilihan Malaysia
#projek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan