awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Didesak letak jawatan Pengerusi PN Melaka, ini jawapan Mas Ermieyati
[KOLUMNIS] Pakatan Arab Saudi, UAE di Yaman semakin retak
Aliran trafik bergerak perlahan seluruh negara, menjelang ambang tahun baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aminuddin tak tahu ada usaha kumpul SD untuk jatuhkannya

Sinar Harian
Sinar Harian
08/09/2021
15:49 MYT
Aminuddin tak tahu ada usaha kumpul SD untuk jatuhkannya
Aminuddin berkata, keadaan itu biasa berlaku dalam politik dan beliau tidak terkesan dengannya. - Gambar fail
SEREMBAN: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun tidak pasti wujud kumpulan tertentu dalam parti itu yang mahu menjatuhkan beliau.
Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, ia termasuk usaha mengumpulkan akuan bersumpah (SD) untuk diserahkan kepada kepimpinan PKR Pusat.
Bagaimanapun, katanya, keadaan itu biasa berlaku dalam politik dan beliau tidak terkesan dengannya.
"Saya tidak tahu pasal SD atau perkara (gerakan) itu. Saya tidak dimaklumkan mengenainya.
"Ini perkara biasa dalam politik dan jika perkara itu berlaku, saya yakin itu semua ketentuan ALLAH SWT," katanya kepada pemberita selepas menghadiri hari terakhir Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14 di sini pada Rabu.
Aminuddin berkata, apa yang perlu diberi perhatian ketika ini ialah cuba memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat terutama dalam keadaan COVID-19 masih belum reda.
Beliau juga yakin isu itu dapat diselesaikan secara baik.
“Kumpulan ini pun selalu kita jumpa. Ada juga mesyuarat MPN, bukan langsung tidak ada. Jadi saya rasa tidak ada masalah, cuma sedikit salah faham yang boleh dibetulkan,” jelasnya.
Sinar Harian pada Ahad melaporkan kepimpinan PKR Negeri Sembilan sebulat suara menyatakan hilang kepercayaan terhadap pimpinan Aminuddin.
Menurut mereka, Aminuddin tidak berusaha untuk merancang bagi mengukuhkan penguasaan politik Pakatan Harapan (PH) di negeri ini untuk terus kekal memerintah.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian: Aminuddin tak tahu ada usaha kumpul SD untuk jatuhkannya
Topic Berkaitan
#krisis PKR Negeri Sembilan
#Menteri Besar
#Aminuddin Harun
#SD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan