Skip to main content

Politik

Status kerjasama dengan Bersatu akan diteliti susulan pembatalan pendaftaran PN - Amirudin

Amirudin berkata kedudukan kerjasama itu akan ditentukan selepas semakan dibuat dalam tempoh satu hingga dua hari, namun menegaskan perancangan sedia ada adalah dengan Bersatu dan bukannya PN. -Gambar fail
Amirudin berkata kedudukan kerjasama itu akan ditentukan selepas semakan dibuat dalam tempoh satu hingga dua hari, namun menegaskan perancangan sedia ada adalah dengan Bersatu dan bukannya PN. -Gambar fail

Advertisement

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata beliau akan meneliti kedudukan kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor dan kerajaan negeri susulan keputusan pembatalan pendaftaran Parti Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata kedudukan kerjasama itu akan ditentukan selepas semakan dibuat dalam tempoh satu hingga dua hari, namun menegaskan perancangan sedia ada adalah dengan Bersatu dan bukannya PN.

“Kita tidak pasti (kedudukan PN), saya kena semak dahulu. Mungkin satu atau dua hari ini kita akan tentukan kedudukannya (kerjasama) dengan Bersatu.

“Soal pembatalan pendaftaran PN, itu masalah dalaman yang harus mereka sendiri selesaikan. Sebab, perancangan kita adalah dengan Bersatu, bukan PN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Sijil Profesional Teknologi Pengurusan Bekalan Air.

Amirudin, yang juga Naib Presiden PKR, berkata perjanjian kerjasama antara kerajaan negeri dan Bersatu dijangka dimeterai minggu hadapan, tertakluk kepada pengesahan lanjut.

“Nanti saya kena tunggu pengesahan dahulu, mungkin selepas 25, 26 hari bulan,” katanya.

Terdahulu, Pendaftar Pertubuhan (ROS) memutuskan untuk membatalkan pendaftaran PN di bawah subperenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) berkata keputusan itu dibuat selepas menerima maklum balas daripada PN pada 12 Oktober lalu susulan notis yang dikeluarkan pada 22 September.

Must Watch Video

Advertisement