awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota exco tidak tahu sama ada dicalon sebagai MB

Bernama
Bernama
04/09/2014
11:01 MYT
Anggota exco tidak tahu sama ada dicalon sebagai MB
ISKANDAR: Saya tidak tahu laporan tersebut benar atau tidak, malah PAS Selangor sendiri tidak tahu apa-apa mengenainya.
Anggota-anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor daripada PAS hari ini mendakwa tidak tahu menahu mengenai laporan bahawa pucuk pimpinan parti itu menghantar tiga daripada empat nama Exco sebagai calon menteri besar baharu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad ketika dihubungi Bernama berkata beliau tidak dapat memastikan sama ada laporan berita itu benar atau palsu.
"Saya tidak tahu laporan tersebut benar atau tidak, malah PAS Selangor sendiri tidak tahu apa-apa mengenainya," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata beliau difahamkan semua wakil rakyat PAS tidak disenarai sebagai calon.
Secara peribadi, katanya, beliau tidak pernah dimaklumkan siapakah individu yang tersenarai sebagai calon bagi jawatan tertinggi pentadbiran negeri Selangor itu.
"Kenyataan itu (Exco dicalon sebagai menteri Besar baharu) tidak betul. PAS tak hantar nama daripada Adun (anggota Dewan Undangan Negeri) PAS," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Dr Ahmad Yunus Hairi pula enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut dan hanya berkata ia di luar pengetahuannya.
Sebuah portal akhbar tempatan hari ini mengatakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghantar tiga nama terdiri daripada anggota Exco Selangor kepada pihak Istana untuk dipertimbang bagi jawatan menteri besar Selangor.
Menurut portal berita itu, Abdul Hadi sendiri menandatangani surat berkenaan sebelum diserahkan kepada Istana Selangor.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mengarahkan ketiga-tiga parti pakatan pembangkang menghantar lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Topic Berkaitan
#DAP
#Exco
#Istana
#MB
#Mustafa Ali
#PAS
#PKR
#politik
#Saifuddin
#Selangor
#Sultan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan